Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PKP: Tambah lagi SJR [METROTV] n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PKP: Tambah lagi SJR [METROTV]

PKP: Tambah lagi SJR [METROTV]

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 21 Januari 2021 15:51

Kangar: Empat sekatan jalan raya (SJR) tambahan akan dilaksanakan di Perlis bagi memastikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula esok di negeri itu terus dipatuhi.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata, SJR berkenaan adalah penambahan kepada tujuh SJR sedia ada sebelum ini yang dilaksanakan di setiap sempadan negeri Perlis-Kedah serta penugasan 'Op Benteng.'

"Bermula Jumaat ini, kita tambah empat lagi SJR untuk sempadan daerah pula jadi sebelum ini kita sudah ada empat SJR untuk sempadan negeri dan tiga SJR untuk penugasan 'Op Benteng' menjadikan 11 SJR yang akan ada sepanjang PKP ini.

"Antara lokasi SJR sempadan daerah kali ini adalah di laluan sempadan daerah yang terbesar membabitkan laluan sempadan daerah Arau-Kangar, Arau-Padang Besar dan Padang Besar-Kangar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) peringkat negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini semalam.

Katanya, empat SJR baru yang bakal dilaksanakan membabitkan sempadan daerah itu adalah di Jalan Tambun Tulang, Jalan Kangar-Padang Besar di Paya, Jalan Kubang Perun, Kangar dan Jalan Bintong-Kaki Bukit berhampiran Kem Tasoh, Padang Besar.

"Dari 1 Januari hingga kelmarin, sebanyak 52 kompaun dikeluarkan polis terhadap orang ramai yang masih ingkar atau tidak mematuhi peraturan norma baru seperti penjarakan sosial, tidak memakai pelitup muka dan ini juga termasuk restoran dan tempat tumpuan ramai yang dilihat tidak menyediakan peralatan menyukat suhu badan atau buku log rekod kemasukan pelanggan di premis mereka.

"Dari segi pematuhan pergerakan sempadan negeri dilihat masih memuaskan kerana berdasarkan rekod kita, kita dapati dalam sehari ada 2,000 pemeriksaan dilakukan terhadap kenderaan yang cuba merentas negeri dari Kedah ke Perlis terutama di laluan Kangar-Alor Setar di Simpang Empat kerana kebanyakan mereka ini bertugas di Perlis walaupun tinggal di Kedah.

"Selain itu juga pemeriksaan di sempadan Perlis-Kedah di Jalan Kuala Perlis-Changlun juga mendapati tidak ramai menggunakan laluan itu hanya sekitar 90 pengguna jalan raya sahaja jadi.

"Namun begitu, masih ada juga dilihat cuba untuk memasuki Perlis tampa urusan atau dokumen yang ditetapkan dimana setiap hari purata antara lapan hingga sembilan orang diarahkan berpatah balik," katanya.

Surina berkata, walaupun polis masih lagi akan menggunakan budi bicara dalam menasihati masyarakat terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP), masyarakat dikehendaki sentiasa peka terhadap mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE