Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Rejimen 504 Askar Wataniah lawat bekas anggota n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Rejimen 504  Askar Wataniah lawat bekas anggota

Rejimen 504 Askar Wataniah lawat bekas anggota

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 28 Januari 2021 10:19

Rejimen 504 Askar Wataniah Tentera Darat Malaysia telah membuat lawatan kebajikan ke atas salah seorang bekas anggota yang pernah berkhidmat di rejimen berkenaan iaitu Koperal Halimah Mat pada hari semalam. Anggota ini telah berkhidmat di rejimen berkenaan mulai tahun 2007 sehingga menamatkan perkhidmatan beliau pada tahun 2016.

Setelah menamatkan kerjayanya sebagai seorang tentera, anggota tersebut telah menetap di Kg. Jelempok, Arau. Beliau yang tinggal seorang diri setelah kematian suaminya pada 8 Disember 2020 disahkan menghidap beberapa jenis penyakit.

Melihat kepada kesukaran kehidupan Koperal Halimah pada ketika ini, pihak rejimen telah melaksanakan lawatan kebajikan serta turut melakukan aktiviti jiwa murni dengan membersihkan persekitaran rumah beliau. Rejimen juga menyampaikan titah salam dari Tuanku Komander rejimen dan turut menyerahkan sedikit sumbangan kewangan daripada warga rejimen dan kit keperluan harian.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Komander, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak. Turut bersama menyampaikan sumbangan adalah wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Negeri Perlis dan orang perseorangan yang mewakili bekas anggota tentera rejimen berpengkalan di Kem Bukit Keteri itu.

Dalam pada itu, Raja Muda Perlis, Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah mengajak barisan pegawai dan lain-lain pangkat yang tetap serta sukarela di rejimen berkenaan supaya sentiasa bersemangat dan berdedikasi dalam melaksanakan sebarang tanggungjawab dan tugas harian yang diamanahkan.

‘Mereka juga hendaklah senantiasa kemas dan segak yang melambangkan tahap dan mutu disiplin di kalangan pegawai dan anggota pasukan ini yang harus dipraktikkan’ tegas baginda.

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE