Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Masyarakat perlu sesuaikan diri dengan norma baharu n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Masyarakat perlu sesuaikan diri dengan norma baharu

Masyarakat perlu sesuaikan diri dengan norma baharu

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 28 Januari 2021 10:21

Masyarakat tiada pilihan melainkan perlu cuba sedaya upaya untuk mengadaptasi dan menyesuaikan diri dalam berdepan suasana kebiasaan norma baharu.

Kehadiran ujian pandemik Covid-19 yang memberikan kesan dan implikasi global ini seakan telah menjarak dan menjauhkan kita dari sudut fizikal.

Beberapa program yang disusun atur dan dilaksanakan sebelum ini, terpaksa disesuaikan dengan SOP dan pendekatan yang berbeza demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan bersama terpelihara.

Oleh itu, adalah diharapkan agar ujian wabak ini akan lebih mendekatkan kita dan tidak semata-mata sebagai penghalang dan cabaran untuk kita terus menangani isu Ummah. Malah kita boleh menjadi lebih cemerlang dari sebelumnya jika kita benar-benar mahu mencari jalan yang lebih kreatif.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut siaran media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika berkenan menyampaikan titah aluan di Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan 1 bagi tahun 2021.

Mesyuarat pertama pembukaan tahun baru 2021 kali ini dilaksanakan melalui sidang secara maya.

Menurut Tuanku Raja Muda lagi, melihat kembali kejayaan MAIPs sepanjang tahun 2020, mengingatkan kita kepada ketinggian iltizam dan keutuhan semangat seluruh warganya dalam memastikan MAIPs kekal relevan dan berbakti kepada Ummah.

Tahun 2020 juga telah menyaksikan usaha MAIPs dalam menutup Kurun pertamanya dengan pelbagai pencapaian memberangsangkan. Usia 100 tahunnya, menjadikan MAIPs semakin kental dan matang dalam berhadapan pelbagai ujian dan cabaran yang mendatang.

Buktinya, di saat penularan pandemik Covid-19, MAIPs telah muncul memberikan bakti, menyuluh jalan dan memimpin Ummah untuk berhadapan dengan pelbagai rintangan.

Penglibatan MAIPs sepanjang tahun 2020 lalu, baginda simpulkan melalui 3 rangkap pantun:

“1 Kurun melangkah hebat,
MAIPs komited mempertingkat agihan,
Hasil meningkat dikurniai berkat,
Tinggi darjat di mercu kegemilangan.”

“Kerana Ilahi bakti diberi,
Hebat MAIPs terus diiktiraf,
Di persada dunia dan dalam negeri,
Turun padangnya meninggikan taraf.”

“Kepada Raja baiah dikota,
Buat rakyat khidmat dihulurkan,
Kekallah MAIPs budi melata,
Berkat ihsan budiman sumbangkan.”

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE