Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Perkasa Program Semarak Dakwah Di Setiap Masjid

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Perlis Perkasa Program Semarak Dakwah Di Setiap Masjid

/ Archive MAIPs / Friday, 06 February 2015 00:27

ARAU, 6 Feb 2015 (Jumaat) : Perlis memperkenalkan program Semarak Dakwah dengan mengadakan program ceramah ehya' masjid pada setiap Khamis secara bergilir-gilir di masjid seluruh negeri ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullal bertitah, program itu dianjurkan dengan kerjasama wakil rakyat setiap kawasan Dewan Undangan Negeri bagi 'menghidupkan' masjid melalui program percambahan ilmu.

 "Program ini akan dilaksanakan berterusan sepanjang tahun melibatkan jabatan kerajaan negeri dan persekutuan sebagai 'bapa angkat' masjid agar program tersebut berjaya," titah baginda.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah demikian ketika melancarkan Program Semarak Dakwah Ehya Masjid 2015 sempena perasmian Masjid Nurus Salam, Kampung Bohor Mentalun, Guar Sanji di sini, malam tadi.

Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Shahreen Akashah Khalil.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan rombongan Yang Dipertua Majlis Agama Islam enam Wilayah Andaman Thailand, iaitu Phuket, Phang Nga, Krabi, Trang, Satun dan Ranong yang dalam rangka lawatan dua hari di Perlis sejak semalam.

Baginda berharap program yang dirancang dapat menarik lebih ramai anggota masyarakat mendekati masjid untuk bersolat berjemaah, bermuzakarah selain menjadi pusat pungutan zakat dan pusat ilmu.

"Beta harap setiap masjid dapat mempamerkan imej terbaik dalam aspek kebersihan, disiplin dan sikap umat Islam yang mencerminkan keindahan dan kesucian Islam.

Pada masa sama, Tuanku Syed Faizuddin turut menasihati ibu bapa agar bersemangat mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab bagi mengelak mereka terjebak dengan masalah sosial.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Khairi Hassan dalam ucapan aluannya berkata sebanyak 41 buah jabatan dan agensi kerajaan di Perlis dipilih menjadi bapa angkat kepada 41 buah masjid.

Surat perlantikan bapa angkat itu disampaikan Tuanku Syed Faizuddin kepada ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE