Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Capai Persetujuan Perkasa Islam n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

MAIPs Capai Persetujuan Perkasa Islam

/ Archive MAIPs / Selasa, 10 Februari 2015 00:27

ARAU, 10 Feb 2015 (SELASA) - Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) mencapai persetujuan dengan enam wilayah Andaman Thailand ke arah memperkasa syiar Islam dan mengatasi maslahah umat Islam kedua-dua pihak.Raja Muda Perlis merangkap Yang DiPertua Maips, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, persetujuan itu dicapai hasil kunjungan delegasi 38 orang Yang di-Pertua dan ahli Majlis Agama Islam (MAI) Phuket, Satun, Krabi, Ranong, Trang dan Phang Nga, baru-baru ini.

Menurut baginda sokongan majlis enam wilayah itu bagi permohonan (jika dari kawasan mereka) untuk mendapat sumbangan atau bantuan di Perlis adalah perlu sebelum Maips boleh meluluskannya."Pihak berkuasa di Perlis juga akan mengesahkan status mauallaf dan perkahwinan yang berkaitan orang Islam setelah mendapat perakuan rasmi MAI wilayah-wilayah terbabit," titah baginda.Syed Faizuddin bertitah selepas berkenan berangkat menerima zakat perniagaan Telekom Malaysia (TM) bagi tahun 2014 sebanyak RM147,047 di perkarangan Masjid Al-Munawwarah, Mata Air di sini, hari ini.Pengurus Besar TM Kedah/Perlis, Norlela Baba mempersembahkan cek zakat tersebut kepada baginda. Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pengurus Baitulmal Maips, Mohd Nazim Mohd Noor turut hadir.  Selain itu kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam bidang pendidikan, mengekang ajaran sesat serta menganjurkan program ilmu dan dakwah, titah baginda.Syed Faizuddin bertitah, pihak berkuasa agama di Perlis juga bersetuju untuk hadir memberi pandangan bersama Syeikhul Islami di Bangkok serta berhasrat memperbaiki pengurusan perkahwinan dan memperincikan isu wali hakim atau wali amr dengan MAI enam wilayah terbabit.Dalam aspek pendidikan, Syed Faizuddin bertitah, kedua-dua pihak akan mengadakan program promosi pendidikan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) yang dinaungi Maips serta Maahad Tarbiyyah Islamiyyah (MATRI) yang dikendalikan MAI enam wilayah itu.Menurut baginda KUIPs bersedia memberi tempat kepada masyarakat Islam enam wilayah MAI tersebut untuk belajar serta mengadakan program kerjasama akademik.Bersempena program itu baginda bersama kakitangan MAIPs dan TM Kedah/Perlis menyertai aktiviti 'Kayuhan Basikal Agihan Maips berlegar sejauh 14 km di Kampung Mata Air, Kampung Balik Bukit dan Kampung Bawah Bukit.Syed Faizuddin sempat singgah di rumah empat orang asnaf terpilih dan menyampaikan bantuan Maips.

Sumber dari Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE