Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PTPTN peruntuk RM100,000 bayaran zakat kepada MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PTPTN peruntuk RM100,000 bayaran zakat kepada MAIPs

PTPTN peruntuk RM100,000 bayaran zakat kepada MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 07 April 2021 08:38

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan sebanyak RM100,000 sebagai bayaran zakat PTPTN kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bagi membaik pulih rumah asnaf yang layak di negeri ini.

Pengerusinya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, zakat itu dimanfaatkan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara MAIPs dan Kolej Komuniti Perlis dan institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang lain iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) Beseri.

“Niat kita adalah untuk membantu asnaf kerana dana yang digunakan adalah dana zakat. PTPTN berjaya mempertingkat jumlah keuntungan daripada pelaburan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai satu skim patuh syariah yang membayar zakat dengan jumlah yang agak besar di seluruh negara.

“Di Perlis dalam perbincangan dengan MAIPs kita memperoleh kebenaran menggunakan zakat ini untuk kebaikan pelajar dan pelajar dapat menggunakan kemahiran teknikal yang ada untuk membaiki rumah asnaf Perlis yang dipilih oleh MAIPs antaranya tugas-tugas yang dilaksanakan oleh sukarelawan sepanjang CSR berlangsung adalah mengecat, pendawaian elektrik, pemasangan kipas dan lampu, menjahit langsir dan lain-lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada program Jalinan Kasih @ CSR TVET peringkat negeri Perlis di My Farm Village di sini hari ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyaksikan perasmian program itu dan penyerahan cek replika daripada Wan Saiful kepada Pengarah Kolej Komuniti Arau Zainudin Yahya.

Wan Saiful berkata, sebanyak 19 rumah asnaf terlibat dalam program tersebut iaitu tujuh rumah di Parlimen Kangar, enam rumah di Parlimen Arau dan enam rumah di Parlimen Padang Besar.

Seramai 130 sukarelawan terlibat dalam tugas-tugas CSR ini dengan 60 sukarelawan daripada Kolej Komuniti Arau dan Kolej Komuniti Cawangan Kangar, 28 sukarelawan daripada IKM Beseri serta 42 orang sukarelawan daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

– Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE