Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Persamaan Matlamat, Kelebihan Umat Islam Malaysia Dan Thailand - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Persamaan Matlamat, Kelebihan Umat Islam Malaysia Dan Thailand - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Saturday, 14 March 2015 00:27

KRABI (Selatan Thailand), 14 Mac 2015- Persamaan matlamat antara umat Islam Malaysia dan Thailand menjadi kelebihan untuk meningkatkan hubungan dan pada masa sama saling hormat-menghormati undang-undang serta kedaulatan negara masing-masing, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda, kelebihan itu seharusnya memudahkan penyelesaian sebarang masalah membabitkan kepentingan Islam mahupun antara kerajaan termasuk dalam bidang sosial dan ekonomi. "Persamaan ini wajar mendekatkan lagi hubungan umat Islam dalam satu kesatuan dalam memartabatkan syiar Islam pada pandangan orang bukan Islam.

"Perbezaan pendapat, bahasa atau negara tidak harus dijadikan faktor pemisah antara kedua-dua negara," titah baginda pada majlis perjumpaan anggota Majlis Agama Islam dan Adat Istiada Melayu Perlis (MAIPs) dengan Majlis Agama Islam (MAI) Wilayah Krabi di Kompleks Islam Krabi di sini, Jumaat malam.

Keberangkatan tiba baginda selaku Yang Dipertua MAIPs disambut Timbalan Gabenor Krabi, Che Ali Komkam dan Yang Dipertua MAI Krabi, Asnawi Mukura.

Tuanku Syed Faizuddin sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari di Krabi sejak Jumaat. Hari ini, baginda mengadakan pertemuan dengan MAI enam Wilayah Andaman di Selatan Thailand serta merasmikan 'Muntaqa Wahidah' (Pertemuan Satu Umat) di Hotel Krabi Front Bay Resort.

Menurut baginda, dasar ketinggian dan kesucian Islam sebenarnya merupakan 'tiket' yang menuntut penganutnya untuk saling bantu-membantu tanpa mengira apa jua perbezaan.

Baginda memberi contoh penentuan tarikh berpuasa dan hari raya sewajarnya telah ada formula terbaik dalam mencapai kata untuk menentukan tarikh hari kebesaran Islam itu.

Sementara itu, Konsul Malaysia di Songkhla yang bertangungjawab menjaga kepentingan rakyat Malaysia di Selatan Thailand, Mohd Faisal Ghazali menyifatkan inisiatif kerajaan Perlis ini sebagai pendekatan diplomasi secara Islamik.

Menurutnya, tajuk perbincangan utama seperti perkahwinan umat Islam Malaysia di Thailand, kerjasama dua hala dan pendidikan dalam pertemuan itu akan dapat meningkatkan syiar Islam selain mengeratkan hubungan Malaysia-Thailand.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.