Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs salur RM639,000 kepada pelajar Perlis di luar negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs salur RM639,000 kepada pelajar Perlis di luar negara

MAIPs salur RM639,000 kepada pelajar Perlis di luar negara

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 05 Mei 2021 07:48

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan RM639,000 agihan derma siswa kepada pelajar dari negeri ini di Timur Tengah.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebanyak RM549,000 diperuntukkan kepada pelajar di Mesir dan RM90,000 kepada mereka yang sedang melanjutkan pelajaran di Jordan.

Titah baginda yang juga merangkap Yang Dipertua MAIPs, peruntukan itu membabitkan 99 pelajar di Mesir dan 15 pelajar di Jordan.

“Bagi yang menuntut di Mesir, masing-masing menerima RM6,000 serta RM1,000 tambahan untuk yuran dan pengajian daripada MAIPs.

“Bagi pelajar di Jordan, masing-masing menerima RM6,000 beserta sumbangan tambahan sebanyak RM5,000 untuk yuran dan pengajian atas sebab kadar tukaran wang yang agak tinggi di sana (Jordan),” titah baginda pada majlis penyerahan sumbangan tersebut di Masjid Al-Abrar Kubang Gajah di sini hari ini.

Hadir sama mengiringi baginda, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor.

Sumbangan tersebut diserahkan oleh baginda kepada bekas Timbalan Yang Dipertua keluarga pelajar-pelajar Perlis di Mesir, Muhammad Izuan Hakeem Zolkepeli yang mewakili 99 pelajar Perlis di Mesir dan bekas Yang Dipertua Ikatan Mahasiswa Anak Perlis Jordan, Muhamad Fishaal Rosmi yang mewakili pelajar di negara berkenaan.

Sementara itu, baginda menasihatkan kepada para pelajar di luar negara khususnya di lokasi-lokasi berisiko tinggi tercetusnya gempa bumi agar sentiasa mengambil tahu dan membuat persiapan untuk keselamatan diri dan harta benda masing-masing.

“Terdapat juga risiko-risiko bencana lain yang lebih hebat di luar negara yang tiada langsung atau jarang sekali berlaku di tempat kita seperti tsunami, taufan, siklon, kebakaran hutan, banjir lumpur, hujan batu dan pelbagai lagi yang mesti juga diambil peduli dengan serius oleh rakyat Perlis sebagai masyarakat bermentaliti kelas pertama dalam tindakan,” titah baginda. – UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE