Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Solat Aidilfitri Di Perlis Kekal Di Tanah Lapang, Ziarah Kubur Tidak Dibenarkan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Solat Aidilfitri Di Perlis Kekal Di Tanah Lapang, Ziarah Kubur Tidak Dibenarkan

Solat Aidilfitri Di Perlis Kekal Di Tanah Lapang, Ziarah Kubur Tidak Dibenarkan

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Mei 2021 08:48

ARAU : Solat Aidilfitri kekal di tanah lapang di pekarangan masjid di seluruh negeri ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bilangan jemaah solat Aidilfitri yang dibenarkan bermula pukul 8 pagi itu adalah mengikut kapasiti tanah lapang berkenaan.

Bagaimanapun, Tuanku Syed Faizuddin yang juga merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertitah, sekiranya keadaan cuaca tidak bersesuaian seperti hujan lebat, maka solat berkenaan akan dilaksanakan di dalam masjid mengikut kapasiti masjid tersebut dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
sedia ada bermula pukul 8.30 pagi.

“Jemaah yang tidak terpilih menyertai solat berkenaan perlu bersurai dan pulang untuk menunaikan solat Aidilfitri di rumah masing-masing bersama ahli keluarga selaras dengan ketetapan dan risalah khutbah yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Mufti negeri.

“Tempoh pelaksanaan solat Aidilfitri dan khutbah adalah diringkaskan bagi mengurangkan risiko penularan. Selaras dengan ketetapan syarak, sebahagian jemaah boleh terus pulang ke rumah selepas menunaikan solat Aidilfitri tanpa perlu mendengar khutbah.

“Pelaksanaan solat Aidilfitri di mana-mana surau atau dewan orang ramai tanpa kelulusan pihak berkuasa agama kekal tidak dilaksanakan bagi mengurangkan risiko serta demi penyelarasan oleh pihak-pihak berkaitan,” titah tuanku dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Titah baginda, semua jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan ditetapkan.

“Pematuhan SOP itu seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter, membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke tempat solat, tidak melaksanakan sebarang kontak fizikal seperti bersalaman serta mengimbas kod QR MySejahtera atau mendaftar pada buku.

“Warganegara dan bukan warganegara lelaki dan perempuan adalah dibenarkan untuk menyertai semua aktiviti pengimarahan Aidilfitri kecuali mereka yang berstatus pesakit bawah siasatan (PUI) dan mereka yang memiliki risiko untuk dijangkiti.

“Pengurusan masjid berhak untuk membuat teguran dan tidak membenarkan kemasukan jemaah yang tidak mematuhi SOP,” titah baginda.

Baginda bertitah, bagi solat fardu lima waktu dan solat Jumaat, bilangan jemaah yang diputuskan adalah diselaraskan mengikut kapasiti masjid mengikut segala SOP keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan itu.

Dalam pada itu, baginda bertitah, setelah menilai semula suasana dan keadaan semasa, aktiviti ziarah kubur yang sebelum ini diizinkan, tidak lagi dibenarkan.

Titah baginda, manakala, jamuan
Aidilfitri pula kekal dibenarkan dilaksanakan di tempat solat dengan cara mengedarkan makanan yang siap dibungkus tanpa menggunakan polisterin serta meminimakan plastik sekali guna untuk dibawa pulang.

“Solat jenazah dan pengurusannya boleh dilaksanakan di masjid-masjid dengan mematuhi SOP yang ditetapkan. Akad nikah pula hendaklah dilaksanakan di rumah-rumah atau premis persendirian sahaja dengan pematuhan SOP, bukan di masjid, surau atau dewan orang ramai,” titah baginda.

 

Sumber daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE