Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Amil Zakat Sewajarnya Dihargai – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Amil Zakat Sewajarnya Dihargai – Raja Muda Perlis

Amil Zakat Sewajarnya Dihargai – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Mei 2021 08:51

Sesungguhnya peranan yang telah dimainkan oleh Amil Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) tidak dapat dinafikan. Jasa dan sumbangan para amil dalam membantu kutipan dan agihan zakat di Negeri Perlis tercinta, khususnya di saat penularan pandemik Covid-19 tercatat kemas dalam lipatan sejarah.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menghadiri majlis simbolik penghargaan dan terima kasih yang diadakan di Masjid Al-Ikram Kampung Sena Kurung Anai, Arau. Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris Alhabshe.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada para Amil Zakat MAIPs di seluruh Negeri Perlis atas segala pengorbanan, penat lelah dan kesungguhan dalam membantu warga asnaf yang memerlukan.

Besarlah harapan baginda merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs agar para Amil Zakatnya juga dapat meneruskan kecemerlangan serta sentiasa prihatin dengan melipat gandakan aktiviti turun padang menjejaki dan menyantuni warga asnaf yang memerlukan pembelaan.

Semoga segala usaha dan pengorbanan para amil akan mendapat balasan setimpalnya di sisi Allah Azza Wajalla. Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda turut menyeru agar seluruh rakyat terus memberikan sokongan kepada para Amil Zakat MAIPs dengan menunaikan kewajipan berzakat melalui para amil yang dilantik oleh MAIPs selaku ulil amri.



 

Sumber daripada SUARA MERDEKA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE