Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis, Rakyat Tunai Solat Aidilfitri Di Perkarangan Istana n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis, Rakyat Tunai Solat Aidilfitri Di Perkarangan Istana

Raja Perlis, Rakyat Tunai Solat Aidilfitri Di Perkarangan Istana

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Mei 2021 08:55

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan anakanda baginda, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri dalam suasana norma baharu yang diadakan di kawasan lapang perkarangan Istana Arau, hari ini.

Baginda dan anakanda bersama masyarakat dalam kariah Arau menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor manakala khutbah dibacakan oleh Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang bermula pada jam 8 pagi.

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di kawasan tanah lapang selaras dengan ketetapan Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataannya, semalam menyatakan bahawa solat sunat Aidilfitri di negeri itu kekal dijalankan di tanah lapang.

Pelaksanaan solat sunat Aidilfitri di tanah lapang termasuk di perkarangan masjid adalah tertakluk kepada ketetapan Jawatankuasa Kariah Masjid di seluruh negeri Perlis.

Tinjauan BH turut mendapati, jemaah yang hadir untuk menunaikan solat sunat berkenaan juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan seperti memakai pelitup muka dan melaksanakan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

Selain membawa sejadah sendiri bersaiz standard, mengambil wuduk sebelum ke tempat solat, tidak melaksanakan sebarang kontak fizikal seperti bersalaman dan mengimbas kod QR MySejahtera.

Malah, sejajar dengan titah baginda juga, tempoh pelaksanaan solat sunat Aidilfitri dan khutbah turut diringkaskan sebagai usaha untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.

Sementara itu, Datuk Dr Mohd Asri berkata, solat di tempat lapang terutama pada musim wabak sedang melanda ada kelebihannya.

"Solat di waktu lapang pada musim wabak ada kelebihannya seperti risiko penularan jangkitan dapat dikurangkan kerana ia dilakukan bukan di tempat yang tertutup.

"Kita buat dengan mengambil kira SOP dan sebagainya kerana tidak ada larangan untuk rakyat tidak boleh keluar, rakyat sebenarnya masih boleh keluar cuma kita letak di tempat lapang.

"Alhamdulillah, seluruh negeri Perlis dengan pelaksanaan SOP lebih ketat iaitu kita nak elak masuk ke dalam masjid secara bersesak-sesak dan tertutup," katanya.

Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menunaikan solat sunat Aidilfitri di perkarangan Istana Arau. - NSTP/Aizat SharifRaja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menunaikan solat sunat Aidilfitri di perkarangan Istana Arau.

 Sumber daripada BHOnline

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE