Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Aidilfitri Di Perlis Tetap Ceria Dalam PKP n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Aidilfitri Di Perlis Tetap Ceria Dalam PKP

Aidilfitri Di Perlis Tetap Ceria Dalam PKP

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Mei 2021 09:06

ARAU: Sambutan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini diraikan dalam suasana penuh keceriaan meskipun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, buat pertama kalinya solat Aidilfitri tahun ini diadakan di kawasan lapang di masjid seluruh negeri ini dengan bilangan jemaah pula mengikut kapasiti tanah lapang berkenaan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Di Arau, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenaan berangkat menunaikan solat Aidilfitri bersama-sama rakyat di dataran istiadat, pekarangan Istana Arau di sini.

Solat Aidilfitri di kawasan tanah lapang tersebut bermula pukul 8 pagi dan berakhir sekitar pukul 8.30 pagi dengan para jemaah dalam jumlah yang telah ditetapkan itu mematuhi SOP seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka sebelum terus bersurai selepas solat berkenaan.

Solat Aidilfitri itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Mohd Nazim Mohd Noor manakala khutbah pula disampaikan oleh Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco kerajaan negeri ini.

Sementara itu, seorang jemaah, Azizi Razali,36, berkata, dia bersyukur apabila sempat bersama menunaikan solat Aidilfitri tersebut.

Katanya, buat pertama kalinya mereka berpeluang menunaikan solat Aidilfitri di kawasan lapang di pekarangan Istana Arau.

“Alhamdulilah semua berjalan lancar dengan jemaah mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

“Kalau boleh selepas berakhirnya Covid-19 ini, solat Aidilfitri pada masa-masa akan datang turut diadakan di kawasan lapang dan ia juga bertepatan dengan sunnah,” katanya.

Seorang lagi jemaah, Azizul Hakim Abdullah,40, pula berkata, sambutan Aidilfitri tahun ini disambut dalam suasana serba sederhana bersama keluarga di rumah.

“Semua perlu berkorban dalam usaha mengekang penularan Covid-19. Insya-Allah tahun-tahun ke depan kita masih boleh beraya,” katanya.

Sumber daripada UTUSAN

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE