Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - PBB Perlu Tegas Dalam Isu Palestin- Mufti Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
PBB Perlu Tegas Dalam Isu Palestin- Mufti Perlis

PBB Perlu Tegas Dalam Isu Palestin- Mufti Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Mei 2021 09:09

ARAU, 13 Mei -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu bertindak lebih tegas bagi melindungi rakyat Palestin yang terus dizalimi oleh rejim Israel di bumi sendiri. Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata PBB hendaklah menguna kuasa yang ada pada badan dunia itu bagi menghentikan tindakan ketidakberperikemanusiaan Israel itu. “Amat mendukacitakan apabila PBB gagal untuk mengeluarkan satu kenyataan dan tindakan yang lebih tegas.

“Tahniah kepada rakyat Palestin kerana mereka terus bersemangat dan tidak berganjak walaupun dizalimi serta mereka telah membuktikan kepada dunia bahawa mereka tidak tunduk pada kezaliman dan kejahatan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas solat sunat Aidiltri di Dataran Istiadat Perkarangan Istana Arau di sini hari ini.

Pada Isnin, serangan udara yang dilancarkan oleh tentera rejim Israel di Semenanjung Gaza telah mengakibatkan kematian dan kecederaan terhadap rakyat Palestin termasuk kanak-kanak. Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiltri di Dataran Istiadat, Perkarangan Istana Arau bersama rakyat kariah Arau dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda baginda Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra. Turut hadir Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan barisan Exco Perlis. Mohd Asri berkata Perlis mempunyai hubungan yang baik dengan imam Masjid al-Aqsa dan Raja Muda pernah berkunjung ke masjid berkenaan bagi menyampaikan bantuan.

BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE