Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Arah Masjid Terus Baca Qunut Nazilah Selama Tujuh Hari

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

MAIPs Arah Masjid Terus Baca Qunut Nazilah Selama Tujuh Hari

MAIPs Arah Masjid Terus Baca Qunut Nazilah Selama Tujuh Hari

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 17 Mei 2021 09:28

KANGAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengarahkan semua masjid di negeri ini membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama tujuh hari berturut-turut, bermula solat Jumaat hari ini.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah arahan tersebut mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah meneliti perkembangan semasa pencerobohan dan serangan tentera Israel ke atas rakyat Palestin beribadah di Masjid Al-Aqsa pada 7 Mei lalu.

"Semua masjid di Perlis diminta agar meneruskan bacaan Qunut Nazilah pada rakaat terakhir solat lima waktu selama tujuh hari bermula daripada solat Jumaat hari ini sehingga solat Jumaat pada 21 Mei," titah baginda menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh MAIPs hari ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah pencerobohan dan serangan tentera Zionis ke atas masjid yang ketiga paling suci dalam Islam, ketika umat Islam sedang beriktikaf dan bertarawih bagi menghidupkan sepuluh malam hari terakhir dalam bulan Ramadan itu merupakan tindakan kejam lagi tidak berperikemanusiaan.

"Beta menyeru kepada seluruh rakyat Perlis tercinta agar turut mendoakan kesejahteraan dan keselamatan buat saudara kita di Palestin," katanya.

MAIPS sebelum ini mengarahkan semua masjid di negeri ini membaca Qunut Nazilah pada rakaat terakhir setiap solat fardu selama dua hari pada 11 dan 12 Mei.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.