Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis Zahirkan Penghargaan Atas Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Baginda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Perlis Zahirkan Penghargaan Atas Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Baginda

Raja Perlis Zahirkan Penghargaan Atas Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Baginda

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 20 Mei 2021 07:16

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail menitahkan ucapan penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada semua pihak dan individu yang mempersembahkan ucapan sembah tahniah bersempena hari ulangtahun baginda yang ke 78 pada 17 Mei 2021 baru-baru ini melalui pelbagai medium yang tidak dapat dijawab satu persatu.

Baginda juga mendoakan agar negeri Perlis terus makmur, aman dan sentosa selamanya serta seluruh rakyat turut dikurniakan kebahagiaan dan kesejahteraan hidup sepanjang masa.

Demikian menurut kenyataan Istana Arau. Sesungguhnya seluruh rakyat jelata di negeri ini terus menerus mendoakan semoga Tuanku Raja dan Tuanku Raja Perempuan beserta Tuanku Raja Muda dan Tuanku Raja Puan Muda Perlis seisi kerabat diraja dikurniakan hidayah, dipelihara dan diberi perlindungan oleh Allah SWT, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan, kekuatan serta kesejahteraan hidup yang berpanjangan untuk terus bersemayam di atas singgahsana takhta kerajaan negeri dengan penuh kasih sayang, adil dan saksama.

Untuk rekod, sebagaimana surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada 8hb Januari 2018, bermula tahun yang sama, dan untuk tempoh sehingga 2021 ini, Tuanku Raja Perlis telah memperkenankan agar sambutan rasmi dan hari kelepasan am mengambil sempena ulangtahun keputeraaan baginda diubah kepada 17hb Julai. Ini adalah kerana tarikh 17hb Mei untuk empat tahun tersebut jatuh pada bulan Ramadan ketika umat Islam melipatgandakan ibadat dan kemudiannya pada bulan Syawal.

Namun begitu, akibat Covid-19 yang masih melanda negara dan dunia pada ketika ini, maka baginda yang amat prihatin dengan kemaslahatan rakyat telah menitahkan pula agar segala program-program keramaian yang diaturkan bersempena sambutan berkenaan pada 17 Julai ini sepertimana juga pada tahun lalu adalah dibatalkan bagi sama-sama memberikan penumpuan kepada usaha menghentikan penularan serta menangani segala isu akibat daripada wabak berkenaan.

Menyentuh mengenai situasi semasa Covid-19 itu juga, Tuanku Syed Sirajuddin menasihati seluruh rakyat supaya ‘Jangan kita sekali-kali lalai dan mesti sentiasa berwaspada. Duduk di rumah sekiranya tiada urusan penting untuk keluar. Kita perlu amalan PKP kendiri dan ‘Kita jaga Kita’ sepertimana yang diarahkan oleh pihak berkuasa. Selain memakai pelitup separuh muka, bagi yang ada ‘eye goggle’ atau pelindung muka yakni ‘face shield’ disarankan memakainya apabila terpaksa berada di tempat awam’.





 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE