Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis tutup masjid kepada orang awam – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis tutup masjid kepada orang awam – Raja Muda

Perlis tutup masjid kepada orang awam – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 21 Mei 2021 11:50

ARAU: Aktiviti pengimarahan dan solat lima waktu di masjid seluruh negeri ini dihadkan berkuat kuasa hari ini sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, langkah tersebut diambil selepas meneliti perkembangan semasa kewujudan kluster baharu penularan Covid-19 melibatkan sebuah syarikat perkhidmatan di Kampung Bakau, Kangar.

Titah baginda yang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), masjid tidak dibuka kepada orang awam sebaliknya dibenarkan solat dalam kalangan pegawai dan ahli jawatankuasa masjid tidak melebihi 12 orang.

“Tempoh solat termasuk solat Jumaat pula hendaklah dipendekkan kepada 15 minit sahaja dan dilakukan di tempat terbuka serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan sebelum ini,” titah baginda dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Titah baginda, bagi mempertingkatkan kawalan dan ikhtiar untuk memutuskan jangkitan, tiada aktiviti lain seperti pengajian, kuliah, jamuan, dan seumpamanya yang dibenarkan di masjid buat masa ini. 

Baginda bertitah, sebagai alternatif, seluruh rakyat masih boleh meneruskan pengajian secara dalam talian, antaranya melalui program Perlis Mengaji yang disiarkan di Facebook MAIPs, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dan Suara Sunnah Channel selain siaran oleh Studio ISNAD Jabatan Mufti Perlis.

“Solat Jenazah pula dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid dengan terhad kepada petugas dan keluarga terdekat sahaja tidak melebihi 12 orang.

“Bagi mereka yang bermusafir digalakkan menunaikan solat di penginapan masing-masing manakala mereka yang tiada tempat penginapan boleh menunaikan solat di kawasan anjung masjid,” titah baginda.

Sementara itu, Tuanku Syed Faizuddin menyeru agar semua pihak sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan serta mempertingkatkan kawalan sebagai ikhtiar dalam menghentikan penularan wabak yang sedang dihadapi ini. 

“Semoga segala doa, ikhtiar dan tawakal kita diperkenankan oleh Allah SWT,” titah baginda.

Sumber Daripada UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE