Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - KUIPs beri impak signifikan kepada pendidikan tinggi negara n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
KUIPs beri impak signifikan kepada pendidikan tinggi negara

KUIPs beri impak signifikan kepada pendidikan tinggi negara

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Mei 2021 07:44

Penubuhan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) memberikan impak yang signifikan dalam agenda pembangunan pendidikan tinggi negara yang menfokuskan kepada bidang-bidang tujahan yang unik melalui penawaran program-program berteraskan Islam di bawah Fakulti Al-Quran dan Sunnah iaitu Ijazah Sarjana Muda Bahasa Al-Quran dan Sunnah (Dengan Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Al-Quran (Dengan Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Hadith (Dengan Kepujian) dan Diploma Al-Quran Wal Qira’at.

Di samping penawaran program-program dalam bidang Pengajian Islam, Syariah, Usuludin dan Al-Quran dan Sunnah, KUIPs juga menawarkan program dalam bidang Muamalat dan Kewangan Islam, Pengurusan Halal, melalui Fakulti Muamalat dan Kewangan Islam yang dilihat berpotensi untuk dikembangkan dalam usaha meningkatkan bilangan tenaga pakar dalam bidang-bidang kritikal bagi memenuhi kehendak Industri.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Canselor KUIPs setelah memperkenankan supaya ‘Majlis Apresiasi Staf 2020’ kolej universiti yang beroperasi di Seberang Ramai Kuala Perlis berkenaan yang dijadualkan untuk diadakan pada selasa 25 Mei 2021 ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan pengumuman tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh Negara mulai 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Untuk rekod, KUIPs yang bernaung sepenuhnya di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Swasta yang dilihat mempunyai potensi untuk terus menguatkan lagi usaha-usaha bagi merealisasikan negeri Perlis sebagai sebuah hub pendidikan kondusif di utara tanah air.

Sumber Daripada - Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE