Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Mahasiswa matang, imbangi pelajaran dan emosi – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Mahasiswa matang, imbangi pelajaran dan emosi – Raja Muda Perlis

Mahasiswa matang, imbangi pelajaran dan emosi – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 25 Mei 2021 23:15

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menasihatkan agar golongan mahasiswa sentiasa berfikiran matang dalam mengimbangi antara pelajaran dan emosi semata.

Titah baginda, menyedari akan semangat dan emosi dalam mendepani pelbagai situasi yang melanda umat Islam di seluruh dunia, termasuklah pencabulan hak dan keamananan, golongan mahasiswa khususnya yang berada di luar negara harus bijak dan matang dalam menentukan keutamaan tindakan agar tidak melarikan fokus dalam menuntut ilmu dan pelajaran.

Fokus utama mahasiswa haruslah diberikan dalam mempersiapkan diri dengan ilmu dan pelbagai kemahiran sebelum kembali berkhidmat untuk kepentingan keluarga, agama, negeri dan negara kelak.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut mengingatkan semua pelajar supaya memahami keadaan ibu bapa yang berasa bimbang dengan keadaan anak-anak mereka berjauhan di luar negara akibat penutupan sempadan negara serta pembatalan penerbangan komersial, namun berharap agar semua akan sentiasa berdoa supaya saat sukar seperti ini akan segera berakhir.

“Nasihatilah anak-anak agar mematuhi segala arahan PKP setempat, menjaga kesihatan diri, berada di rumah atau asrama, sentiasa menghubungi keluarga, mendapatkan info terkini hanya dari sumber rasmi iaitu Wisma Putra, pejabat Perwakilan Malaysia terdekat dan juga pihak berkuasa tempatan sahaja.” titah baginda lagi.

Sumber Daripada - Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE