Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kesantunan Berbahasa Harus Jadi Budaya Masyarakat Perlis – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kesantunan Berbahasa Harus Jadi Budaya Masyarakat Perlis – Raja Muda

Kesantunan Berbahasa Harus Jadi Budaya Masyarakat Perlis – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 30 Mei 2021 22:10

'Aspek kesantunan berbahasa harus diangkat dan ditonjolkan sebagai budaya dan adat masyarakat di negeri Perlis tercinta. Kesedaran di semua peringkat perlu diusahakan agar kesantunan berbahasa ini terus berakar, berkembang, subur dan merimbun di bumi bertuah ini’.

Penyesuaian kesantunan berbahasa dalam suasana kontemporari dan norma baharu yang dihadapi kini, perlu diterapkan, selaras dengan adat dan budaya kita yang bertunjangkan akhlak yang dianjurkan agama. Janganlah kiranya pandemik yang telah menjauhkan kita pada fizikal, akan menjauhkan pula kita di alam maya ekoran ekspresi negatif di media sosial. Kita boleh berbeza pandangan, tetapi ia harus ditertib dan diluruskan dengan bahasa yang santun dan berbudi pekerti.

‘Apa yang dimaksudkan dengan kesantunan berbahasa ini bukanlah membawa kepada makna ketinggian laras bahasa, atau pemilihan perkataan yang menarik dan mempersona, tetapi adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan beradab, berbudi tinggi serta sesuai dengan ajaran akhlak Islami’ tegas Tuanku Syed Faizuddin Putra.

Baginda juga melihat, kesantunan berbahasa merupakan aspek penting dalam usaha untuk berkomunikasi dengan individu lain. Ini adalah kerana bahasa yang santun akan mewujudkan kesesuaian sosial, dalam menyesuaikan penggunaan perkataan berdasarkan suasana dan keadaan yang dialami.

Pada masa yang sama Tuanku Raja Muda menerangkan bahawa ‘Bahasa merupakan medium komunikasi yang paling efektif untuk menyampaikan sesuatu maksud dan tujuan kepada orang lain. Dengan bahasa, sesuatu gagasan besar, atau pemikiran yang dicambah, dapat disebarluaskan, yang akhirnya dapat melahirkan perasaan, tindakan dan kepercayaan yang mendalam di kalangan manusia.

Walaubagaimanapun, terdapat sebahagian yang tidak memberikan perhatian kepada elemen kesantunan dalam berbahasa. Sesuatu yang terpendam di dalam hati akhirnya diluahkan dalam keadaan yang tidak wajar, yang akhirnya membawa kepada pergeseran dan salah faham’ tegas baginda.

Sumber Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE