Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Ingatkan Rakyat Kekal Di Rumah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Ingatkan Rakyat Kekal Di Rumah

Raja Muda Perlis Ingatkan Rakyat Kekal Di Rumah

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 30 Mei 2021 22:27

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan semua individu di negeri ini yang diberi kelonggaran bekerja di rumah supaya tidak mengambil kesempatan keluar dari kediaman bagi tujuan yang tidak diperlukan.

Titah baginda, jika semua rakyat mempunyai kesedaran sekatan pergerakan kendiri atau ‘self lockdown’ dengan mempunyai disiplin tinggi dalam mematuhi apa jua nasihat dan peraturan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, penularan Covid-19 tersebut boleh dibendung.

“Setiap ketua keluarga pula hendaklah sentiasa tampil ke hadapan bagi memantau status kesihatan diri dan ahli keluarga masing-masing.

“Pastikan setiap antara mereka (ahli keluarga) sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran rumah serta segera mendapatkan rawatan jika bergejala,” titah baginda selepas berkenan mengadakan perbincangan dengan pihak Jabatan Kesihatan negeri secara dalam talian di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim menasihatkan rakyat negeri ini supaya membatal atau menangguhkan sebarang pergerakan ke luar Perlis khususnya ke kawasan-kawasan berisiko tinggi Covid-19.

Katanya, peningkatan mendadak kes Covid-19 di Perlis adalah akibat kesan rentas negeri sebelum dan semasa Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

“Sepanjang tempoh tersebut, ramai individu dari kawasan atau zon merah pada ketika itu pulang ke Perlis dan terdapat juga rakyat Perlis pulang ke kampung di luar Perlis. 

“Individu-individu ini adalah antara penyumbang kepada peningkatan kes-kes positif Covid-19 di negeri ini,” katanya.

Sebagai rekod sehingga semalam, Perlis merekodkan lapan kes baharu seterusnya menjadikan kes keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 473 kes dengan 85 kes aktif selain merekodkan empat kematian akibat Covid-19. 

Sumber Utusan

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE