Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Pertahankan Adat Dan Budaya Yang Positif - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Pertahankan Adat Dan Budaya Yang Positif - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Isnin, 27 April 2015 00:28

BANDA ACEH, 27 April 2015 (ISNIN) - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah budaya yang melambangkan identiti sesebuah negara atau rakyat perlu dipertahankan selagi ia tidak bercanggah dengan rukun agama.  Andai budaya itu baik dan tidak bertentangan dengan rukun agama hendaklah ia dipertahankan kerana budaya tradisi juga menunjukkan budi dan pekerti sesebuah masyarakat, titah baginda di sini, hari ini.

Baginda bertitah:"Keindahan budaya ini disebalik nilai-nilai baik di dalamnya harus menyedarkan bagaimana kesulitan kehidupan nenek moyang kita,"  Tuanku Syed Faizuddin bertitah pada pertemuan dengan Majelis Adat Aceh (MAA) di Banda Aceh sempena lawatan kerja baginda untuk merasmikan Seminar Wasatiyah Islamiah di Universitas Ubudiyah dijadualkan esok di sini.  

Baginda berharap generasi muda dapat dididik supaya cintakan adat dan jati diri bangsa supaya tidak meninggalkan adat dan budaya yang baik dengan mempergiatkan promosi secara bersama di peringkat serantau.  Adat dan budaya yang sesuai hendaklah didokumentasikan supaya 'tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas,' titah baginda.  

Pertemuan itu disertai anggota MAA diketuai Ketua Umumnya, Badrulzaman Ismail manakala Tuanku Syed Faizuddin diiringi oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai amalan budaya dan adat mengikut agama selain merancang mengukuhkan hubungan untuk menyemarakkan Islam antara Aceh dan Perlis.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE