Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perokok dijangkiti Covid-19 berisiko dua kali ganda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perokok dijangkiti Covid-19 berisiko dua kali ganda

Perokok dijangkiti Covid-19 berisiko dua kali ganda

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 02 Jun 2021 14:09

Para perokok yang dijangkiti Covid-19 mempunyai risiko hampir dua kali ganda lebih tinggi untuk mendapat komplikasi seperti gangguan pernafasan, kerosakan buah pinggang dan kerosakan hati.

Selain itu, perokok yang dijangkiti Covid-19 mempunyai tahap keterukan jangkitan lebih tinggi berbanding golongan bukan perokok.

Ini adalah berdasarkan kepada hasil kajian yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Institut Kesihatan Negara (NIH) dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Putra Malaysia.

Kajian dilakukan terhadap 5,889 pesakit Covid-19 yang dirawat di semua hospital seluruh negara pada 1 Februari hingga 31 Mei 2020.

Hasil kajian tersebut juga adalah selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta kajian yang telah dijalankan di beberapa negara lain.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sempena ‘Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia’ yang disambut semalam iaitu 31hb Mei 2021.

Pada masa yang sama, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia serta Jabatan Kesihatan Negeri Perlis secara khususnya, sentiasa komited dalam melaksanakan pelbagai strategi untuk mengurangkan penggunaan tembakau dan mengelakkan pendedahan asap rokok kepada orang ramai.

Antaranya adalah dengan;

i. Memberi pendidikan dan promosi kesihatan kepada semua peringkat umur bermula di sekolah rendah, menengah serta institut pengajian tinggi dalam memberi kesedaran tentang bahaya rokok.

ii. Penguatkuasaan dijalankan terhadap 23 tempat larangan merokok yang telah diwartakan di bawah Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

 

Sumber Daripada - Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE