Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Terus sebarkan galakan mendapatkan vaksin – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Terus sebarkan galakan mendapatkan vaksin – Raja Muda Perlis

Terus sebarkan galakan mendapatkan vaksin – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 08 Jun 2021 16:10

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar semua pihak melaksanakan sebaran maklumat dalam menggerakkan seluruh anggota masyarakat tidak terlepas peluang mendaftarkan diri untuk mendapatkan vaksin Covid-19.

Pelbagai saluran samada melalui media baharu atau media sedia ada boleh digunakan agar maklumat tepat berkaitan program vaksinasi kebangsaan dapat disampaikan kepada golongan sasar.

Demikian titah baginda menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika berkenan berangkat mempengerusikan mesyuarat MAIPs sidang ketiga bagi tahun 2021 yang diadakan secara dalam talian sepenuhnya pada pagi tadi ekoran pelaksanaan penutupan aktiviti sosial dan ekonomi di seluruh negara.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut mengharapkan agar selain menghulurkan bantuan melalui pelbagai inisiatif dan program agihan, MAIPs turut berperanan dalam memberikan galakan kepada masyarakat dalam mendapatkan suntikan vaksin.

‘Pelbagai medium sebaran boleh digunakan MAIPs antaranya melalui media baharu seperti Program Perlis Mengaji, Laman Facebook Rasmi Agensi, Sebaran di Laman Portal Rasmi selain rakaman kuliah dan galakan menggunakan vaksin oleh tokoh-tokoh’.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Raja Muda turut menzahirkan ucapan tahniah atas usaha proaktif pihak MAIPs menyalurkan peruntukan melalui Majlis Kebajikan Negeri Perlis dan Biro Kebajikan Masjid Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail serta Rumah Lavender yang telah memberikan sumbangan dalam membantu golongan OKU Cacat Penglihatan mendapatkan suntikan vaksin melalui program Pemberian Vaksin Bergerak oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis beberapa hari yang lalu.

 

Sumber Dariapada - Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE