Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Umat Islam Kuat Tegak Islam Selagi Berpegang Kepada Al-Quran - Raja Muda Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

Umat Islam Kuat Tegak Islam Selagi Berpegang Kepada Al-Quran - Raja Muda Perlis

/ Archive MAIPs / Tuesday, 28 April 2015 00:28

BANDA ACEH, 28 April 2015 (SELASA) - Umat Islam akan mempunyai kekuatan dalam menegakkan ajaran agama itu serta hidup aman selagi berpegang kepada Al-Quran dan Hadith, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.  Menurut baginda pendekatan 'wassatiyah' (sederhana), tidak melampau dan tidak cuai melaksanakan ajaran Islam adalah asas pegangan umat Islam yang dapat meletakkan penganut Islam pada tempat sepatutnya. 

"Sumber utama Islam terkandung dalam Al-Quran dan Hadith dan beramal berlandaskan wassatiyah dapat mencegah umatnya bersikap melampau sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah agama.

"Dalam bersemangat menegakkan Islam dan terlalu mencintai Nabi Muhammad SAW, kita tidak diajar supaya menghina sahabat-sahabat baginda seperti berlaku dalam ajaran-ajaran tertentu," tegas baginda.  Tuanku Syed Faizuddin bertitah merasmikan Seminar Wassatiyah anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI) di sini, petang ini.  

Sempena seminar itu yang disertai anggota Majelis Permusyarawatan Ulama (MPU) Aceh dan pelajar UUI diadakan wacana ilmu dalam dua bahagian.  Anggota panel wacana ilmu I terdiri daripada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya manakala bahagian II membabitkan anggota Jawatankuasa Dakwah, Tarbiah dan Pendidikan MAIPs (selepas peluk Islam) Syah Kirit Kakulai Govinji dan Lim Joi.

Menurut Tuanku Syed Faizuddin golongan manusia yang mudah alpa kerana terlalu mengejar duniawi sehingga melupakan ukhrawi atau akhirat menyebabkan mereka menghalalkan perkara-perkara yang jelas dilarang oleh syariat.  "Kehilangan sifat wassatiyah sebaliknya mewujudkan kelompok yang lebih suka berada di masjid sepanjang masa dan melupakan tanggungjawab membimbing kelompok manusia di luar masjid.  

"Wassatiyah sebenarnya dapat mendidik seseorang menjadi Muslim seimbang duniawi dan ukhrawi. Atas kesedaran ini MAIPs menganjurkan Seminar Wassatiyah di Aceh dengan harapan dapat berkongsi ilmu serta melaksanakan pendekatan yang tidak radikal bagi menonjolkan keindahan Islam," titah baginda.  Sebelum itu pada sebelah pagi Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang DiPertua MAIPs mengetuai delegasi MAIPs mengadakan perbincangan dengan MPU yang diketuai Wakil Ketua II MPU H.M. Daud Zamzany di sini.

Menurut ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai usaha untuk memartabatkan lagi Islam berpandukan sunnah Nabi Muhammad SAW.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.