Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Perlis seru rakyat terima vaksin

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Perlis seru rakyat terima vaksin

Raja Perlis seru rakyat terima vaksin

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 11 Jun 2021 22:33

ARAU : Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini mengenai kepentingan menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi mengelak penularan virus tersebut.

Dalam masa sama, baginda turut menyeru kepada para pemimpin agar memberi penerangan kepada rakyat mengenai keperluan dan kepentingan vaksin tersebut.

Titah baginda, jika masih ada rakyat yang belum menerima suntikan vaksin tersebut, ia akan membuka ruang kepada virus berkenaan menyerang mangsa-mangsa baharu.

“Tiap-tiap rakyat mestilah diberikan keterangan yang sepatutnya agar tampil ke hadapan menerima suntikan. Kita mahu rakyat di Perlis sentiasa selamat dan kembali kepada keadaan seperti dahulu.

“Malah kes di Perlis daripada sifar mula menunjukkan peningkatan. Kita mestilah kawal dan bekerjasama dengan kerajaan untuk melawan pandemik yang bahaya ini,” titah baginda sempena istiadat pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan Ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri yang diadakan secara dalam talian di sini hari ini.

Malah, buat julung kalinya, upacara angkat sumpah tahunan jawatan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri itu dijalankan secara siaran video dari Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Video secara langsung melalui aplikasi Zoom itu disiarkan ke Balai Menghadap Hijau, Istana Arau dengan disaksikan Tuanku Syed Sirajuddin.

Berangkat mengiringi baginda ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sementara itu, Tuanku Syed Sirajuddin menasihatkan rakyat agar kuarantin diri jika pulang ke negeri ini.

“Jangan sembunyikan perkara tersebut dan kembali bekerja kerana perbuatan sedemikian bukan sahaja membahayakan diri, tetapi, juga kepada orang lain.

“Tanggungjawab rakyat yang keluar daripada kawasan atau berjumpa orang-orang yang positif, perlu membuat pemeriksaan diri dan ambil tindakan sendiri dengan kuarantin diri,” titah baginda. 

 

Sumber: Utusan Malaysia

Please publish modules in offcanvas position.