Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Lebih RM5 juta bantuan asnaf MAIPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Lebih RM5 juta bantuan asnaf MAIPs

Lebih RM5 juta bantuan asnaf MAIPs

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 11 Jun 2021 22:39

Sebanyak RM5,453,700 mula diagihkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di bawah ‘Inisiatif Bantuan Rangsangan Asnaf MAIPs’ secara berperingkat bermula 11 sehingga 13 Jun 2021.

Sumbangan berkenaan adalah sebahagian daripada peruntukan yang diamanahkan oleh para penyumbang zakat melalui MAIPs yang telah diperkenankan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail seperti pengumuman yang dititahkan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs semalam.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Hj Mohd Nazim Mohd Noor dalam kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa seramai 18,179 asnaf terdiri daripada para penerima ‘Bantuan Sara Hidup Berkala’ dan ‘Bantuan Sara Hidup Bulanan’ layak menerima bantuan baharu berkenaan bertujuan bagi membantu meringankan beban mereka yang layak dan terkesan dengan suasana pandemik yang kini dihadapi.

Katanya, kesemua mereka menerima RM300 yang akan dikreditkan dalam akaun bank masing-masing bagi mempercepatkan penyaluran sumbangan sekaligus meminimakan proses penyaluran secara fizikal bertujuan membantu menghentikan rantaian penularan wabak Covid-19 khususnya di negeri ini.

“MAIPs berharap para penerima dapat merancang masa serta mengutamakan keselamatan diri masing-masing ketika mengambil sumbangan berkenaan di mesin ATM atau kaunter urusan bank selain perlu mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan”.

Masyarakat boleh membuat semakan nama yang tersenarai melalui laman portal rasmi MAIPs di www.maips.gov.my atau melalui pautan http://asnaf.maips.gov.my/bantuancovid/ untuk mengetahui kaedah penyaluran sumbangan berkenaan.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE