Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Seru Orang Ramai Derma Darah n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis Seru Orang Ramai Derma Darah

Raja Muda Perlis Seru Orang Ramai Derma Darah

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 14 Jun 2021 15:55

“Derma Darah Menyelamatkan Nyawa”. Justeru itu, rakyat diseru untuk hadir menderma darah secara tetap setiap tiga bulan. Bagi orang ramai yang memenuhi kriteria untuk menderma darah dan belum pernah menderma darah, tampillah menderma darah untuk memastikan bekalan darah di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar sentiasa mencukupi.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bagi kempen ‘Perlis Hebat : Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ sempena ‘Hari Penderma Darah Sedunia’ yang diwartakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai 14 Jun setiap tahun.

Tema sambutan bagi menghargai sumbangan para penderma darah yang budiman serta penganjur-penganjur kempen derma darah bagi kali ini adalah “Derma Darah, Teruskan Nadi Kehidupan“ (Give Blood, Keep The World Beating). Menurut Tuanku Raja Muda, objektif hari peringatan berkenaan adalah untuk terus menerus meningkatkan kesedaran yang lebih mendalam terutama kepada golongan belia bahawa menderma darah adalah tindakan murni yang memberi manfaat kepada semua masyarakat. Bekalan darah yang mencukupi hanya dapat diperoleh melalui sumbangan tetap oleh penderma darah secara sukarela.

Komitmen penderma darah secara tetap akan membantu mengekalkan bekalan darah yang mencukupi dan selamat. Pada kesempatan yang sama Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua para penderma darah dan penganjur-penganjur kempen derma darah yang telah banyak membantu mengekalkan bekalan darah di HTF Kangar dan berkata, ‘Sumbangan anda telah banyak menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit yang memerlukan’.

Tambah beliau lagi, ‘Walaupun bekalan darah di negeri Perlis masih baik, namun terdapat penurunan dalam kutipan darah sejak pandemik Covid-19 melanda negara ketika ini. Terdapat penurunan 10 – 15% kutipan darah semasa, berbanding tempoh yang sama pada tahun lalu. Hospital Tuanku Fauziah Kangar memerlukan 150 hingga 200 beg darah seminggu untuk menampung keperluan pesakit’.

Sumber daripada SUARA MERDEKA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE