Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jadikan Persekitaran Rumah Bebas Sampah – Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jadikan Persekitaran Rumah Bebas Sampah – Raja Muda Perlis

Jadikan Persekitaran Rumah Bebas Sampah – Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 15 Jun 2021 11:00

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengajak seluruh rakyat di negeri ini supaya bersama-sama melipatgandakan usaha bagi membudayakan amalan kebersihan di rumah dan kawasan persekitaran dengan memanfaatkan sepenuhnya tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini. 

Menurut baginda, sepanjang tempoh ‘lockdown’ ini masyarakat mempunyai banyak masa yang terluang di rumah akibat keterbatasan pergerakkan dan seharusnya mengambil peluang ini bersama ahli keluarga yang lain sebaik mungkin untuk membersihkan rumah dan kawasan persekitaran kediaman masing-masing.

Rumah yang bersih melambangkan sikap pembersih pemiliknya manakala rumah yang tidak bersih mencerminkan sikap sebaliknya. Sehubungan dengan ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis melalui titah perutusannya menyeru semua lapisan masyarakat di negeri ini supaya sama-sama menjadikan kawasan rumah ‘Bebas Sampah’ dengan membersihkan kediaman masing-masing melalui perlaksanaan aktiviti gotong royong secara kendiri tanpa terlalu bergantung kepada pihak lain untuk datang membantu bersama setiap ahli keluarga dengan mengambil masa sekurang-kurangnya 30 hingga 45 minit setiap hari.

Jadikankan aktiviti ini sebagai kelaziman baharu dalam rutin harian dan seterusnya menjadi masyarakat yang sentiasa membudayakan amalan kebersihan dalam kehidupan sepertimana yang dipraktikkan di negara-negara maju di Eropah dan Jepun. ‘Dalam tempoh PKP inilah masyarakat perlu memanfaatkan masa yang terluang dengan membersihkan sampah atau barang-barang yang tidak perlu yang sebelum ini dibiarkan terkumpul, tersimpan dan berselerak di sudut dalam dan luar rumah.

Rumput yang panjang, daun-daun tumbuhan yang terkumpul, longkang yang tersumbat, pokok-pokok hiasan yang tidak perlu juga perlu dibersihkan melalui aktiviti gotong royong skala kecil bersama seisi ahli keluarga’.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri, Shamsuharizal Basir memaklumkan bahawa untuk negeri Perlis, pihak Swcorp telah menyediakan sebanyak 23,470 unit tong sampah untuk kawasan perumahan dan 138 tong berpusat di jalan-jalan utama untuk kegunaan penduduk kampung.

Menurut beliau, ‘Pelaksanaan pembuangan sampah yang betul oleh masyarakat dapat membantu memudahkan kerja-kerja kutipan sampah oleh pekerja pembersihan. Rakyat Perlis juga disarankan agar menggunakan kemudahan pusat tong sampah yang disediakan dengan kaedah yang betul dengan membuang sampah ke dalam tong dan tidak membuang sampah di luar tong bagi mengelakkan limpahan sampah di merata tempat yang boleh menyebabkan sampah berselerak, berbau busuk dan mencacatkan pemandangan persekitaran’.

 

Sumber Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE