Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis saran masyarakat berhemah dalam penggunaan elektrik n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis saran masyarakat berhemah dalam penggunaan elektrik

Raja Muda Perlis saran masyarakat berhemah dalam penggunaan elektrik

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 18 Jun 2021 19:23

Masyarakat perlu mendidik diri sendiri dan juga ahli keluarga supaya menggunakan elektrik secara cekap supaya tiada pembaziran yang berlaku dan seterusnya menyebabkan peningkatan bil elektrik di rumah masing-masing.

Penggunaan elektrik pasti meningkat apabila banyak masa kita sekarang dihabiskan di rumah lanjutan daripada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown) mulai 1-28 Jun 2021 bagi sama-sama memutuskan rantaian Covid-19.

Keperluan elektrik ini telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan seharian untuk kita rasa lebih selesa. Oleh itu, perubahan amalan penggunaan elektrik dengan bijak sesungguhnya akan pasti mampu membawa kesan positif yang besar dalam keluarga masing-masing.

Demikian titah perutusan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sempena kempen ‘Perlis Hebat – Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan’ mengambil sempena ‘Global Wind Day’ atau ‘Hari Angin Sedunia’ yang disambut pada 15hb Jun setiap tahun.

Sementara itu, Ketua Retail Negeri (Perlis) SME & Residential, Bahagian Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB), Azian Alias berkongsi beberapa contoh mudah mengenai inisiatif ‘Langkah Kecil Membawa Perubahan Besar – Kuasa Di Tangan Anda : Bersama Selamatkan Bumi Kita’ yang sedang dilaksanakan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad dalam menasihati para pengguna supaya menutup suis peralatan elektrik apabila tidak digunakan serta menutup tingkap dan pintu ketika menggunakan penyaman udara agar bilik cepat sejuk dan kuasa elektrik dapat dikurangkan.

Pada masa yang sama, semasa menggunakan mesin pencuci pakaian, penuhkan dahulu muatan mesin itu sebab tenaga elektrik yang digunakan hampir sama dengan muatan separuh penuh.

‘Rujuklah kepada panduan kecekapan tenaga atau tips cekap guna elektrik yang disarankan oleh pihak TNB dengan melayari portal myTNB di www.mytnb.com.my’, terang beliau.

Untuk rekod, ‘Hari Angin Sedunia’ dianjurkan pada setiap tahun bagi menyebarkan kesedaran mengenai tenaga angin serta kepelbagaian penggunaan tenaga angin. Selain itu, ia juga dapat memberi pengetahuan kepada orangramai tentang pelbagai cara dan kemungkinan bagaimana tenaga angin dapat mengubah dunia

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE