Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Mahu Semua Pihak Main Peranan Imarahkan Masjid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Mahu Semua Pihak Main Peranan Imarahkan Masjid

/ Archive MAIPs / Selasa, 12 Mei 2015 18:28

 

 

KANGAR 12 Mei 2015 (SELASA) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail meminta semua pihak sama-sama memainkan peranan untuk mengimarahkan masjid di tempat masing-masing. Titah baginda, tanggungjawap tersebut bukan terletak kepada imam atau pegawai masjid sahaja, tetapi memerlukan gandingan tenaga semua lapisan masyarakat.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian semasa merasmikan penutupan Konvensyen Pengimarahan Masjid anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Warisan di sini sebagai antara acara sempena sambutan ulang tahun ke-72 keputeraan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah, masjid yang dibina atas dasar takwa, semestinya menjadi tempat penyebaran rahmat Allah SWT yang memerlukan tanggungjawap semua pihak mewujudkan suasana masyarakat yang cintakan masjid. Menurut baginda, objektif utama institusi masjid yang ditunjukan Rasulullah SAW ialah sebagai pusat menghasilkan muslimin yang kukuh akidah dan pekerti seorang muslimin.

Berdasarkan tujuan tersebut, fungsi masjid seharusnya tidak terhad setakat tempat ibadah khas seperti solat, bahkan merangkumi tempat ibadah umum seperti pusat perbincangan masyarakat, pendidikan, pentadbiran, penyatuan umah, siasah dan sosial. Pada majlis berkenaan Tuanku Syed Faizuddin berkenan menyampaikan tauliah pelantikan kepada penyelia-penyelia masjid di negeri ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Hamdan Bahari.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE