Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis seru jauhi dadah, salah guna daun ketum n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis seru jauhi dadah, salah guna daun ketum

Raja Muda Perlis seru jauhi dadah, salah guna daun ketum

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 28 Jun 2021 09:37

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyeru seluruh lapisan masyarakat agar menjauhkan diri sendiri dan ahli keluarga daripada najis dadah serta menyalahgunakan daun ketum.

Titah baginda, terdapat pelbagai jenis dan trend penagihan dadah di negara ini yang bermula daripada era kemasukan candu disusuli dengan budaya ‘hippi’ yang menjadikan ganja bahan ketagihan.

Baginda bertitah, kemasukan heroin di era perang Amerika-Vietnam membuatkan kadar penagihan heroin meningkat secara mendadak dituruti pula dengan penyalahgunaan dadah jenis ATS, syabu, ecstacy dan pil kuda.

“Selepas itu diperkenal pula dadah baharu seperti New Psychoactive Substance (NPS) dan apa lagi pula selepas ini,” kongsi baginda merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis sempena peringatan ‘Hari Antarabangsa Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Pemerdagangan Haram’ yang diadakan pada 26 Jun setiap tahun, di sini hari ini.

Sambutan tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai masalah penyalahgunaan dadah dan mestilah diperangi oleh segenap peringkat kepemimpinan secara habis-habisan.

Menyentuh isu ketum di negeri ini, Tuanku Syed Faizuddin bertitah, baginda bersetuju bahawa air daun ketum jika dicampur bahan cemar lain dan disalah guna oleh masyarakat terutama penagih dadah adalah amat berbahaya.

“Penyalahgunaan bahan ini boleh mengakibatkan pelbagai kesan buruk seperti hilang kawalan diri, rasa bosan dan malas, kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi, anak mata menjadi sempit dan rasa loya.

“Antara kesan lain mengenai penyalahgunaan daun ketum adalah seperti susut berat badan, sukar untuk tidur atau insomnia, tiada selera makan, bibir menjadi kering, kesukaran membuang air besar, kesan lebam dan terbakar pada muka terutamanya pada bahagian pipi. 

“Gejala-gejala ketagihan pula seperti mata dan hidung berair, sengal-sengal sendi, mudah marah dan semakin lemah untuk bekerja,” titah baginda.

Untuk rekod, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC) melaporkan bahawa terdapat 200 juta orang dikesan menggunakan dadah terlarang seperti  kokain, kanabis, halusinogen, opiat dan sedatif-hipnotik di seluruh dunia.

Sumber: UTUSAN ONLINE 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE