Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Berusaha keras hadapi cabaran pandemik – Raja Muda n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Berusaha keras hadapi cabaran pandemik – Raja Muda

Berusaha keras hadapi cabaran pandemik – Raja Muda

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 28 Jun 2021 21:30

ARAU: Setiap individu harus mengambil bahagian secara aktif bagi mencari jalan penyelesaian terhadap cabaran menghadapi pandemik yang berlaku sekarang.

Peranan itu hendaklah dimainkan ilmuan, pengkaji, ahli akademik, pengamal industri dan pelajar bagi memberi manfaat kepada negara dan ummah.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, semua pihak seharusnya berusaha keras bersama-sama mengatasi dan bergerak ke hadapan dalam tempoh penuh kesukaran dan mencabar.

“Ini demi untuk membolehkan kita mencapai kemajuan,” titah baginda ketika merasmikan ‘Persidangan Antarabangsa Bahasa, Pendidikan dan Pelancongan (ICLET 2021) secara maya melalui aplikasi Zoom hari ini.

Program itu dianjur Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Persidangan terbabit diadakan selama tiga hari bermula hari ini.

Menurut baginda usaha itu merupakan tanggungjawab bersama setiap kelompok masyarakat.

Pada masa yang sama baginda berharap UIAM dan urusetia penganjur iaitu Pejabat Kursi Jamalullail dapat merealisasikan objektif penubuhan Kursi berkenaan di UIAM.

Raja Muda Perlis juga mahu setiap pembentang kertas kerja atau sesi perbincangan mampu menghasilkan kesan riak atau ripple effects dalam masyarakat.

“Kesan tersebut dapat membuka ruang kepada pemahaman, penghargaan dan penglibatan aktif bagi mendalami ilmu dan kajian melalui perbezaan pendapat dan juga perdebatan ilmiah,” titah baginda.

Kursi Jamalullail di UIAM merupakan inisiatif di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bertujuan mempromosikan penyelidikan dan pengajian khusus dalam bidang pengajian Islam, Perbankan dan Kewangan Islam, Pengajian Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris, Pelancongan Islam dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. 

Sumber: HARAKAHDAILY

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE