Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Transformasi Kampung Seberang Ramai Perlu Sokongan Ramai n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Transformasi Kampung Seberang Ramai Perlu Sokongan Ramai

Transformasi Kampung Seberang Ramai Perlu Sokongan Ramai

/ Berita Terkini MAIPs / Selasa, 29 Jun 2021 10:02

Pelaksanaan ‘Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis’ yang dikemudikan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis telah berjaya mengangkat kawasan kampung tradisi nelayan berkenaan kepada sebuah destinasi pelancongan yang mempunyai potensi untuk dikembangkan.

Berbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak dan kini telah mula menampakkan hasil positif kepada persekitaran serta penduduk di kawasan kampung.

Justeru, program berkenaan memerlukan sokongan daripada semua pihak terutamanya pihak penduduk setempat yang merupakan faktor utama dalam menjayakan segala hasrat dan cita-cita daripada pelaksanaan program murni berkenaan.

Galeri







 




Demikian menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor ketika menyampaikan pembentangan kertas kerja berjudul ‘Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kepada Destinasi Pelancongan : Pengalaman MAIPs di ‘Persidangan Antarabangsa Bahasa, Pendidikan dan Pelancongan “ICLET 2021” yang diadakan secara digital melalui aplikasi Zoom pada semalam.

Persidangan selama tiga hari dari 28 hingga 30 Jun 2021 melibatkan 101 peserta dari Itali, Indonesia, Korea Selatan dan Iran selain daripada negara tuanrumah Malaysia yang dianjurkan oleh Pejabat Kursi Jamalullail, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dirasmikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Tambah Mohd Nazim, pelaksanaan program berkenaan yang diilhamkan sendiri oleh Tuanku Raja Muda dan anakanda sulung baginda, Puteri Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail sesungguhnya juga telah membawa bibit perubahan yang besar kepada masyarakat di kawasan Kampung Seberang Ramai yang diterjemahkan kepada beberapa bentuk faedah yang dikecapi oleh masyarakat setempat seperti:

i) Perubahan kebersihan dan pengindahan fizikal kampung.

ii) Peningkatan taraf kemudahan dan prasarana.

iii) Penjenamaan sebagai ‘Kampung Warna-warni’ & Produk Pelancongan.

iv) Peluang Penjanaan Pendapatan.

v) Penerusan warisan dan budaya setempat.

vi) Pelaksanaan Program Akademik kepada anak-anak penduduk.

vii) Latihan Kemahiran dan peningkatan kompetensi. serta

viii) Peningkatan Keselamatan Setempat dan Sosial Komuniti.

 

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE