Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis seru berhenti merokok n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis seru berhenti merokok

Raja Muda Perlis seru berhenti merokok

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 30 Jun 2021 19:37

KANGAR : Satu daripada lima rakyat Perlis atau sebanyak 20.6 peratus adalah perokok sekali gus mencetuskan kebimbangan tabiat merokok dalam kalangan rakyat di negeri ini.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim memberitahu, menurut Tinjauan Kebangsaan dan Morbiditi (NHMS 2019) juga, sebanyak 21 peratus rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun dan ke atas menggunakan rokok tembakau.

Katanya, manakala lima peratus daripada perokok menggunakan rokok elektronik.

“Kajian yang sama mendapati bahawa, sebanyak 20.6 peratus atau 1 daripada lima rakyat di Perlis adalah perokok,” katanya sempena kempen berterusan ‘tak nak merokok’ yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menasihatkan seluruh masyarakat khususnya golongan remaja agar tidak sesekali mencuba memulakan tabiat merokok yang merugikan.

Baginda bertitah, ibu bapa juga juga diingatkan agar mengawasi anak-anak mereka supaya tidak memulakan tabiat buruk merokok itu.

Titah baginda, merokok terbukti membahayakan kesihatan dan merugikan daripada segi ekonomi individu yang berbelanja lebih membeli rokok

“Merokok berkait secara terus dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit saluran pernafasan, barah paru-paru, payu dara, hidung, tekak, mulut, saluran makanan, sakit jantung, ulser perut dan angin ahmar.

“Selain itu, merokok juga menyebabkan seseorang itu mengalami ketagihan dan sukar untuk berhenti,” titah baginda

Untuk rekod, hampir lapan juta orang meninggal dunia setiap tahun tahun akibat pelbagai komplikasi akibat tabiat merokok.

 

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE