Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - COVID-19: Kes terkawal, Perlis benarkan solat jemaah di masjid mulai esok n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
COVID-19: Kes terkawal, Perlis benarkan solat jemaah di masjid mulai esok

COVID-19: Kes terkawal, Perlis benarkan solat jemaah di masjid mulai esok

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 01 Julai 2021 17:13
KUALA LUMPUR: Perlis membenarkan aktiviti solat berjemaah di masjid seluruh negeri mulai esok mengikut pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid.
 
Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah kebenaran itu mendapat perkenan perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berdasarkan situasi semasa penularan COVID-19 di negeri itu yang dilihat semakin terkawal.
Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPS) bertitah, kehadiran jemaah di masjid seluruh Perlis dibolehkan dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid.
“Oleh hal demikian, kehadiran jemaah di masjid seluruh Perlis dibolehkan dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid bermula solat subuh pada hari esok sehingga tempoh baharu arahan terkini yang mungkin dikeluarkan.
 
“Sebagai langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengelakkan penularan wabak, pematuhan kepada semua SOP tetap diperketatkan dan semua jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhinya, antaranya memakai pelitup separuh muka dengan digalakkan memakai dua pelitup muka serta ditambah baik dengan pemakaian bersama pelindung muka,” katanya.
 
Menurutnya, bagaimanapun kebenaran ini hanya terpakai di masjid di seluruh negeri Perlis sahaja manakala sebarang aktiviti di surau kekal ditangguhkan.
 
Tuanku Syed Faizuddin berkata, jemaah juga hendaklah terdiri dalam kalangan anak kariah sahaja yang berusia antara 12 hingga 59 tahun, manakala bagi jemaah yang berusia 60 tahun dan ke atas, dibenarkan dengan syarat lengkap dua dos suntikan vaksin.
 
Menurutnya, tempoh masa pelaksanaan solat fardu adalah selama 10 minit manakala tempoh pelaksanaan khutbah dan solat Jumaat adalah selama 15 minit sahaja.
“Laungan azan akan kembali dilaungkan dengan lafaz dan kaedah seperti biasa.
 
"Selain itu, aktiviti berkumpulan sama ada kuliah, kelas, pengajian dan sebagainya selain solat Jumaat dan solat fardu buat masa ini masih tidak dapat dibenarkan,” tambah Tuanku Syed Faizuddin.
Titahnya, Jawatankuasa Kariah Masjid diberikan tanggungjawab untuk memastikan segala SOP yang ditetapkan sentiasa dipatuhi dan dilaksanakan dengan sebaiknya.
 
Sumber: Astro Awani

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE