Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis benar solat jemaah ikut saiz masjid n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis benar solat jemaah ikut saiz masjid

Perlis benar solat jemaah ikut saiz masjid

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 01 Julai 2021 17:16

KANGAR: Aktiviti solat berjemaah di masjid seluruh Perlis dibenar dilakukan bermula Subuh esok (1 Julai) dengan kapasiti maksimum mengikut saiz masjid.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kebenaran tersebut dilaksanakan setelah mendapat limpah perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berdasarkan situasi semasa penularan Covid-19 di negeri itu dilihat semakin terkawal.

“Sebagai langkah pencegahan dan ikhtiar untuk mengelakkan penularan wabak, pematuhan kepada semua prosedur operasi standard (SOP) adalah diperketatkan.

“Namun, kebenaran ini hanya terpakai untuk masjid sahaja, manakala sebarang aktiviti di surau kekal ditangguhkan,” titah baginda pada satu kenyataan di sini.

Titah baginda lagi, jemaah yang hadir hendaklah sentiasa mematuhi SOP antaranya, memakai pelitup separuh muka dengan digalakkan memakai dua pelitup muka (double face masks) serta ditambah baik dengan pemakaian bersama pelindung muka (face shield).

“Jemaah juga digalakkan untuk membawa uncang pembungkus kasut ke masjid bagi mengelakkan kesesakan ketika keluar masuk ke masjid.

“Jemaah yang hadir hendaklah terdiri dalam kalangan anak kariah sahaja yang berusia antara 12 hingga 59 tahun, manakala jemaah yang berusia 60 tahun dan ke atas, dibenarkan hadir dengan syarat lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19,” titah baginda.

Bagaimanapun baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Perlis (MAIPs) bertitah, sebagai langkah kawalan, mereka yang terbabit dengan aktiviti rentas sempadan dan negeri pada setiap hari tidak dibenarkan hadir.

“Demikian juga ahli keluarga mereka yang tinggal bersama tidak dibenarkan hadir melainkan ahli keluarga yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin.

“Manakala tempoh masa pelaksanaan solat fardu selama 10 minit manakala tempoh pelaksanaan khutbah dan solat Jumaat selama 15 minit sahaja,” titah baginda.

Menurutnya baginda juga laungan azan juga akan kembali dilaungkan dengan lafaz dan kaedah seperti biasa.

“Selain itu, aktiviti berkumpulan sama ada kuliah, kelas, pengajian dan sebagainya selain solat Jumaat dan solat fardu buat masa ini masih tidak dapat dibenarkan.

“Orang ramai boleh meneruskan kelas pengajian secara maya melalui Program Perlis Mengaji menerusi Laman Mukabuku MAIPs dan sebagainya,” titah baginda. 

Sumber: HARAKAHDAILY 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE