Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis Lancar Buku Panduan Sifat Solat Nabi Saw n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN

Raja Muda Perlis Lancar Buku Panduan Sifat Solat Nabi Saw

/ Archive MAIPs / Rabu, 17 Jun 2015 18:28

 

KANGAR, 17 Jun 2015(RABU) - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan buku dan poster 'Panduan ringkas sifat solat Nabi SAW' yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Perlis. Pelancaran itu diadakan bersempena majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1436 Hijrah/2015 Masehi peringkat negeri di tapak cerapan, Pantai Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, dekat sini, Selasa. Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri, Khairi Hasan dan Mufti kerajaan negeri, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.  Pada majlis itu, baginda, yang juga Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkenan menyerahkan sumbangan berjumlah RM68,000 daripada majlis itu kepada 46 pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bulan depan.  

Daripada jumlah itu, 28 adalah pelajar Perlis yang mendapat RM2,000 seorang manakala 18 lagi dari negeri lain tetapi belajar di Perlis menerima RM600 seorang. Pada akhir program itu, Timbalan Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Perlis, Zainal Abidin Abdul Majid menyampaikan taklimat mengenai data-data Rukyah Hilal Awal Ramadan tahun ini dan disusuli majlis menandatangani pengesahan data-data tersebut diketuai oleh Dr Mohd Asri.

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE