Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Kerjasama rakyat Perlis jayakan PPN amat ditagih - Raja Muda Perlis n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Kerjasama rakyat Perlis jayakan PPN amat ditagih - Raja Muda Perlis

Kerjasama rakyat Perlis jayakan PPN amat ditagih - Raja Muda Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 02 Julai 2021 09:25

Arau: Rakyat Perlis diharap dapat terus memberikan kerjasama dalam membawa negeri itu beralih ke fasa kedua dan ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sama seperti di tempat lain, ramai rakyat Perlis turut terkesan dengan pandemik Covid-19.

"Ada yang kehilangan orang tersayang, berkurang atau hilang punca pendapatan dan tidak kurang juga terkesan baik daripada segi fizikal mahupun emosi.

"Sekiranya Perlis berjaya memasuki fasa kedua PPN, kita semua hendaklah bersama-sama bekerja lebih keras lagi untuk segera ke fasa ketiga yang akan membolehkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka.

"Oleh itu, kita semua perlu terus berusaha supaya dapat mengekalkan kes harian di paras rendah, sistem kesihatan mencukupi selain berusaha supaya sekurang-kurangnya 40 peratus populasi rakyat Perlis menerima dua dos suntikan vaksin dalam tempoh sepantas mungkin," titah baginda hari ini.

Baginda bertitah susulan pengumuman oleh Kerajaan Pusat yang menyatakan bahawa Perlis yang berjaya mencapai kebanyakan nilai ambang indikator sebagai antara beberapa negeri yang sedang dipertimbangkan untuk beralih ke fasa kedua PPN tidak lama lagi.

Pada masa sama, baginda yang juga merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat negeri ini kerana sama-sama berdiri teguh dalam mengawal penularan Covid-19 serta turut menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Negeri Perlis.

Baginda turut bertitah meminta mereka yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin segera melakukannya menerusi aplikasi MySejahtera.

"Kejayaan kita mencapai imuniti kelompok ini adalah bergantung kepada rakyat Perlis yang menerima suntikan vaksin.

"Dengan peningkatan bekalan vaksin, lebih ramai rakyat Perlis akan mendapat temujanji suntikan vaksin dan berpeluang menerima dos pertama," titah baginda.

Baginda juga berharap supaya orang ramai tidak berputus asa dalam menunggu giliran dan sentiasa menyemak tarikh temujanji suntikan vaksin masing-masing secara berkala dan hadir pada temujanji yang diberikan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa sehingga kini, hampir kesemua petugas barisan hadapan di negeri berkenaan sudah menerima suntikan vaksin.

"Malah lebih 70 peratus daripada golongan yang berusia 60 tahun ke atas dan golongan yang mempunyai komorbiditi (keadaan di mana seorang individu mempunyai lebih daripada dua penyakit) sudah menerima suntikan vaksin.

"PICK Negeri Perlis dijalankan di Dewan 2020, Dewan Seri Melati dan Dewan Warisan. Selain itu, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar turut memberi vaksinasi kepada golongan berisiko tinggi," katanya.

Sumber: My Metro

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE