Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Sumbangan kewangan sosial dalam negara, jana pertumbuhan ekonomi – RMPs n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Sumbangan kewangan sosial dalam negara, jana pertumbuhan ekonomi – RMPs

Sumbangan kewangan sosial dalam negara, jana pertumbuhan ekonomi – RMPs

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 04 Julai 2021 21:38

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah menyarankan agar masyarakat mengutamakan penyaluran sumbangan kewangan sosial dalam negara sekaligus dapat menjana pertumbuhan ekonomi tempatan.

Titah baginda, sumbangan kewangan sosial Islam seperti sedekah, zakat dan wakaf merupakan antara penyelesaian ekonomi Islam yang wajar disuburkan di saat negara berhadapan situasi kelembapan ekonomi seperti sekarang.

Demikian titah perutusan baginda selepas berangkat menunaikan solat jumaat di Masjid Alwi Kangar buat pertama kalinya selepas sebulan setengah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang bermula pada 12 Mei lalu pada jumaat.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) lagi, sebagai contoh, kecenderungan masyarakat yang sebelum ini melaksanakan ibadah korban di luar negara sesuai dinilai semula sekurang-kurangnya buat kali ini ekoran keperluan tempatan yang juga kian memerlukan perhatian.

Dalam hubungan ini, MAIPs malah Majlis Agama Islam Negeri yang lain juga dilihat boleh memainkan peranan yang signifikan sebagai pemudahcara pelaksanaan ibadah korban ketika penularan pandemik Covid-19, bukan sekadar menentukan dasar seperti SOP pelaksanaannya, namun juga boleh dikembangkan lagi dalam membantu menyelaras agihan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE