Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Amalan kitar semula boleh jana pendapatan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Amalan kitar semula boleh jana pendapatan

Amalan kitar semula boleh jana pendapatan

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 07 Julai 2021 17:40

KANGAR: Masyarakat perlu melipatgandakan amalan kitar semula dengan mengasingkan barangan yang telah dikumpul mengikut kategori.

Menurut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, barangan kitar semula yang dikumpulkan boleh dijual di pusat-pusat kitar semula yang berhampiran untuk menjana pendapatan.

Hal ini ujar baginda secara tidak langsung boleh memberi pendapatan tambahan di samping membudayakan kitar semula dalam kalangan masyarakat.

“Antara kategori barang yang boleh dikitar semula ialah plastik iaitu dengan mengikut kod kategori plastik seperti PET untuk botol air mineral, minuman serta botol minyak masak.

“Manakala bagi kod HDPE adalah botol sabun pencuci dan bagi kod PP adalah bekas simpanan makanan,” titah baginda semasa taklimat mengenai status terkini kerja-kerja mengecat Fasa Ke-Tiga Pelaksanaan ‘Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis’ secara atas talian semalam.

Taklimat tersebut dipersembahkan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Raja Muda juga berharap masyarakat setempat di Kampung Seberang Ramai terus menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah serta tempat-tempat awam.

“Sentiasalah memotong rumput dan lalang supaya nampak lebih rapi. Pastikan juga kawasan yang diperindah tidak dirosakkan dengan perbuatan ‘vandalisma’,” titah baginda.

Sementara itu, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri, Shamsuharizal Basir berkata, pihaknya melaksanakan pelbagai program dan kempen membudayakan amalan kitar semula kepada masyarakat di Perlis.

Antaranya Program Trash To Cash iaitu sampah menjana pendapatan.

“SWCorp turut menyediakan fasiliti Pusat Kitar Semula iaitu Drive-thru Recycle Centre (DTRC) bertempat di Pasar Besar Sena, Kangar yang beroperasi Isnin hingga Sabtu.

“Pusat DTRC tetap beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memudahkan masyarakat menjual barangan kitar semula secara pandu lalu,” katanya.

Menurutnya juga mengikut data jualan barangan kitar semula di DTRC sepanjang pengoperasian sebanyak 23 tan.

“Ini menunjukkan rakyat Perlis semakin mempunyai kesedaran dalam mengamalkan budaya kitar semula dalam kehidupan seharian,” katanya. 

 

Sumber: HARAKAHDAILY 7/7/2021

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE