Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Perlis Bakal Jadi Negeri Pertama Bergerak Ke Fasa 3 PPN n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Perlis Bakal Jadi Negeri Pertama Bergerak Ke Fasa 3 PPN

Perlis Bakal Jadi Negeri Pertama Bergerak Ke Fasa 3 PPN

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 08 Julai 2021 12:36

Perlis yang berjaya mengekalkan jumlah jangkitan Covid-19 baharu harian di bawah lima kes, dijangka beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam masa terdekat.

Apa yang perlu dilakukan kini hanya dengan meningkatkan pemberian vaksin Covid-19 di Perlis.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sendiri menitahkan peri pentingnya rakyat Perlis untuk hadir bagi suntikan vaksin berkenaan sebagaimana yang telah dijadualkan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri sendiri telah mengarahkan gerak kerja vaksinasi di Perlis dipertingkatkan.

“Wajar dipertingkat bagi membolehkan negeri itu beralih ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan lebih cepat, kata Ismail Sabri .

Beliau berkata Perlis, yang kini dalam Fasa Dua PPN, mampu mencapai kadar vaksinasi yang ditetapkan untuk beralih ke fasa seterusnya berdasarkan keluasan dan bilangan penduduk di negeri itu.

“Semalam tiada sebarang kes positif COVID-19 dilaporkan di Perlis dan mungkin kalau kita dapat cepatkan proses pemberian vaksin, mereka ke fasa ketiga lebih cepat, tambahan negeri itu pun kecil dan penduduk tidak ramai,” katanya lapor Bernama selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Semai Bakti Felda Sebertak di Bera.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis Azman Mohd Yusof dilaporkan berkata pihaknya percaya Perlis mampu beralih ke Fasa Tiga PPN menjelang Oktober ini.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata penilaian bagi membolehkan mana-mana negeri termasuk Perlis untuk beralih ke fasa berikutnya akan dibuat dari semasa ke semasa.

Beliau berkata jika Perlis memperoleh bekalan vaksin yang mencukupi, pihaknya yakin negeri itu mampu mencapai imuniti kelompok 80 peratus menjelang suku tahun terakhir iaitu pada bulan Oktober atau selewat-lewatnya November ini.

Setakat ini, Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang telah beralih ke Fasa Dua PPN manakala Pulau Pinang menyusul.

Sumber daripada Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE