Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Hadir janji temu ke PPV seperti ditetapkan n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Hadir janji temu ke PPV seperti ditetapkan

Hadir janji temu ke PPV seperti ditetapkan

/ Berita Terkini MAIPs / Khamis, 08 Julai 2021 21:06

KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan masyarakat yang telah mendapat tarikh janji temu agar hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seperti yang ditetapkan.

“Amatlah penting bagi masyarakat untuk hadir mendapatkan vaksinasi seperti tarikh yang disediakan kepada mereka.

“Kerjasama ini penting bagi memastikan negeri Perlis dapat beralih dari fasa kedua kepada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara tercapai,” titah baginda.

Baginda merangkap Pengerusi Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis berkata, kegagalan untuk hadir bukan sahaja akan melewatkan pencapaian imunisasi negeri, malah akan menyebabkan tempoh masa janji temu orang lain juga akan terkesan.

Oleh itu, menurut baginda penduduk yang telah mendaftar diminta mengambil sikap serius dan bertanggungjawab dalam hal ini.

“Anak-anak pula dipohon supaya sentiasa membantu dengan memantau nama ibu bapa mereka yang sudah mendaftar supaya menghadirkan diri untuk temujanji vaksinasi masing-masing apabila diundang,” titah baginda lagi.

Tuanku Raja Muda turut menambah bahawa peralihan ke fasa tiga dalam masa terdekat adalah amat diperlukan di negeri ini.

“Ramai rakyat terkesan dan tertekan serta berada dalam kesusahan kerana ekonomi masih belum dapat digerakkan sepenuhnya untuk mereka meneruskan kehidupan masing-masing.

“Dalam fasa dua ini, masih banyak sektor pekerjaan yang belum boleh beroperasi seperti sediakala,” titah baginda.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Dr Sirajuddin Hashim memaklumkan bahawa sehingga 6 Julai lalu, seramai 71,900 orang telah disuntik dos pertama iaitu 39.7 peratus berbanding penduduk Perlis yang berusia 18 tahun ke atas.

Manakala katanya, seramai 44,927 iaitu 24.8 peratus orang telah melengkapkan dos kedua.

Tambah beliau, sepanjang bulan Julai ini Perlis dijangka akan menerima sebanyak 100,254 dos vaksin.

“Mengikut perancangan, seramai 60,356 penerima dos pertama dan 39,898 penerima dos kedua akan disuntik sepanjang bulan ini.

“Menjelang penghujung Julai, dianggarkan mereka yang akan menerima dos pertama adalah 70.1 peratus dan dos kedua adalah 42.3 peratus,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, kerajaan Persekutuan akan menimbang peralihan daripada fasa kedua kepada fasa ketiga setelah negeri berkenaan mencapai kes harian per 100,000 penduduk kurang daripada 6.1.

Selain itu, penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) juga berada pada tahap mencukupi iaitu kurang daripada 50 peratus dan kadar vaksinasi dua dos melebihi 40 peratus daripada populasi dewasa.

 

Sumber – HARAKAHDAILY 8/7/2021

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE