Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Tiada had jemaah masjid dan surau di Terengganu bermula hari ini n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Tiada had jemaah masjid dan surau di Terengganu bermula hari ini

Tiada had jemaah masjid dan surau di Terengganu bermula hari ini

/ Berita Terkini MAIPs / Sabtu, 10 Julai 2021 10:22

KUALA TERENGGANU, 8 Julai -- Bermula hari ini, tiada lagi had bilangan jemaah untuk  semua masjid dan surau di seluruh Terengganu.

Keputusan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) itu adalah selaras dengan situasi semasa COVID-19 di negeri itu yang kini menjalani fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Yang Dipertua MAIDAM Datuk Osman Muda berkata keputusan itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin setelah mendapatkan pandangan mufti, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Pengarah Kesihatan negeri.

"Bilangan jemaah mestilah mengikut keluasan masjid dan surau serta mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

"Kehadiran hanya dibenarkan kepada ahli kariah yang bermastautin dan warganegara sahaja kecuali mana-mana orang yang diberi kebenaran khas oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, imam masjid juga dikehendaki membaca Qunut Nazilah ketika solat Jumaat dan mengadakan solat sunat hajat setiap kali selepas solat Jumaat.

Osman berkata semua masjid dan surau juga dikehendaki menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin setiap malam selepas solat Maghrib dan berdoa memohon Allah mengangkat wabak COVID-19.

"Semua imam dikehendaki membaca teks doa Qunut Nazilah dalam solat Jumaat dan berdoa mohon dijauhi wabak penyakit yang disediakan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu selepas setiap kali solat hajat dan bacaan surah Yasin," katanya.

Bagaimanapun, tambahnya, aktiviti lain di masjid dan surau tidak dibenarkan kecuali mendapat kebenaran MAIDAM.

Sumber: Bernama

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE