Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs tingkatkan usaha demi kesejahteraan rakyat n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
MAIPs tingkatkan usaha demi kesejahteraan rakyat

MAIPs tingkatkan usaha demi kesejahteraan rakyat

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 11 Julai 2021 16:09

ARAU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) terus merancang program-program yang berfokus dan terarah dalam mempertingkatkan lagi kesejahteraan rakyat seterusnya menjadikan ia sebagai sebuah organisasi yang utuh serta kekal relevan.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pelbagai usaha bagi meningkatkan lagi imej, kredibiliti dan integriti haruslah menjadi agenda utama di hati semua warga MAIPs supaya menjadi contoh kepada masyarakat.

Dalam masa sama, baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh keluarga besar MAIPs termasuklah jabatan serta agensi hal ehwal Islam yang bernaung di bawah majlis tersebut.

“Mereka sentiasa bertungkus-lumus memainkan peranan yang signifikan dalam menjayakan pelbagai inisiatif dan daya usaha meningkatkan kredibiliti dan nama baik masing-masing,” titah baginda selepas menyerahkan sumbangan zakat MAIPs kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Mursyid pekan Pauh, Arau, di sini hari ini.

Baginda menyerahkan sumbangan itu kepada amil kariah, Ku Mat Isa Ku Ismail mewakili para penerima mengikut prosedur operasi standard (SOP) terkini sempena program hijrah minda MAIPs ke-20, 2021.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor dan Imam Besar negeri, Ahmad Sirajuddin Abdul Sattar. 

Seterusnya baginda bertitah, sebagai sebuah organisasi yang telah mencapai usia 100 tahun pada tahun lalu, MAIPs perlulah sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatannya.

“Justeru, pada kurun kedua era penubuhan, MAIPs perlu sentiasa terus dipercayai, disayangi, disegani dan berada pada tahap terbaik di sisi masyarakat.

“Selain itu, seluruh warga MAIPs mestilah terus fokus, komited dan istiqamah dalam membantu warga asnaf dan golongan yang memerlukan di negeri yang tercinta ini,” titah baginda.

 

Sumber: UTUSAN

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE