Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Jangan rentas negeri kalau sayangkan keluarga n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Jangan rentas negeri kalau sayangkan keluarga

Jangan rentas negeri kalau sayangkan keluarga

/ Berita Terkini MAIPs / Ahad, 11 Julai 2021 16:13

Bayangkan negeri Perlis yang kes harian Covid-19 satu atau dua angka sahaja boleh meletus kepada ribuan kes, jika kita tidak berhati-hati.

Perlis yang kini berada di fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan bakal melangkah ke fasa tiga, akan musnah begitu sahaja.

Harapan untuk menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan lebih banyak sektor ekonomi dapat dibuka bakal lenyap sekelip mata jika segelintir daripada kita alpa.

Pergerakan sedemikian akan menyebabkan penularan wabak akan lebih cepat dan menjadi letusan gelombang baharu jangkitan Covid-19.

Pada masa ini sahaja kes harian sudah mencapai hampir 10,000 kes, dikhuatiri jika terdapat mereka yang menyusup dan merentas negeri pulang ke kampung, situasi akan menjadi bertambah gawat.

Satu hal yang membimbangkan apabila para pelajar institusi pendidikan tinggi dibenarkan pulang sempena cuti semester.

Mereka dibenarkan pulang pada 12 Julai iaitu esok kerana cuti semester bermula Julai hingga Oktober.

Apa yang wajar dilakukan mereka yang pulang perlu menginap dahulu di inap desa sehingga tiada sebarang gejala jangkitan wabak, baharulah bertemu keluarga.

Sewa inap desa pastinya tidak tinggi kerana pada masa ini memang tiada pelanggan yang menggunakan kemudahan tersebut.

Bagi ibu bapa yang mampu tidak ada masalah untuk mereka menghantar makanan kepada anak-anak yang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

Rezeki yang lebih juga boleh dilimpahkan kepada rakan-rakan anak yang kurang berkempuan.

Sikap ini selain memastikan wabak tidak menular, pada masa yang sama dapat membantu menghidupkan kembali industri pelancongan yang pegun sejak penularan wabak.

Walaupun kementerian terbabit telah menetapkan SOP yang ketat, tetapi individu yang terbabit juga wajar mengambil langkah pencegahan dan kawalan kendiri demi memastikan keluarga mereka di kampung yang kebanyakan berusia lanjut tidak terdedah kepada wabak membunuh ini.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE