Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis ingatkan masyarakat uruskan kehidupan sepanjang PPN n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
Raja Muda Perlis ingatkan masyarakat uruskan kehidupan sepanjang PPN

Raja Muda Perlis ingatkan masyarakat uruskan kehidupan sepanjang PPN

/ Berita Terkini MAIPs / Isnin, 12 Julai 2021 19:31

Kegagalan menguruskan masa dengan baik seperti tidur berpanjangan sepanjang hari, makan tidak mengikut waktu yang betul dan leka bermain telefon bimbit setiap masa di rumah, sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara pada ketika ini boleh mendatangkan pelbagai kemudaratan sama ada jangka masa pendek atau panjang.

Pentingnya peranan ibu bapa untuk memastikan seluruh ahli keluarga masing-masing sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain untuk membentuk nilai kebersamaan dalam keluarga dan mewujudkan suasana yang lebih ceria serta harmoni dalam rumah khususnya terhadap anak-anak melalui pengisian pelbagai aktiviti secara bersama yang bermanfaat.

Ibu bapa harus memastikan masa yang ada difokuskan sepenuhnya dan diuruskan dengan baik bersama ahli keluarga serta anak-anak agar setiap ahlinya tidak terasa diabaikan hingga mewujudkan perasaan hidup dalam dunia sendiri walaupun berada dalam rumah yang sama.

Ini amat penting bagi memastikan tahap kesihatan mental dan fizikal seluruh ahli keluarga sentiasa berada dalam keadaan baik terutama dalam mengharungi cabaran dan situasi semasa yang sedang berlaku sekarang ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat mengadakan tinjauan bulanan baginda ke kawasan pelaksanaan ‘Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis’ oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis semalam.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Baderulhisham Baharudin dan Pengarah SWCorp Negeri, Shamsuharizal Basir.

Tambahan titah Tuanku Raja Muda, ‘Saban hari, pelbagai isu berkaitan alam sekitar dan juga sisa domestik pembuangan sisa plastik di merata-rata tempat telah mendapat tempat di saluran media elektrik dan elektronik sama ada di kaca televisyen, radio, akhbar mahupun media sosial. Kuala Perlis tidak ketinggalan menjadi tempat tumpuan yang perlukan kerjasama segenap peringkat masyarakat setempat bagi memastikan ia diuruskan dengan bijak dan bertanggungjawab sepanjang masa.’

Sumber: Suara Merdeka

 

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE