Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - Raja Muda Perlis bangga dengan pencapain UniMAP

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
faq eng contact eng feedback eng sitemap eng

 

 

Raja Muda Perlis bangga dengan pencapain UniMAP

Raja Muda Perlis bangga dengan pencapain UniMAP

/ Berita Terkini MAIPs / Rabu, 14 Julai 2021 15:31

Pencapaian bakat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) pada tahun lalu boleh dibanggakan.

Faktor utama kejayaan sesebuah Universiti ialah kakitangan yang menyumbang kepada Universiti tersebut, baik staf akademiknya mahupun staf pengurusan dan profesional serta staf pelaksana. Semuanya mempunyai tugas dan peranan masing-masing.

Salah satu objektif kualiti UniMAP yang ditetapkan ialah 75 peratus pensyarahnya berkelayakan PhD. Data terkini menunjukkan empat daripada enam fakulti di UniMAP telah melepasi sasaran ini iaitu Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektronik, Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan menerima sembah taklimat berkaitan ‘Laporan Pandemik Covid-19 di UniMAP’ serta ‘Laporan Pembangunan Kampus Universiti’ yang diadakan secara dalam talian pada pagi tadi.

Taklimat dipersembahkan oleh pengurusan utama UniMAP diketuai oleh Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa yang menjalankan fungsi Naib Canselor, Prof. Ir. Ts. Dr. Mohd Rizal Arshad bersama dengan Timbalan-Timbalan Naib Canselor yang lain serta Pendaftar Universiti.

Tambah baginda yang juga merangkap Tuanku Canselor UniMAP, pandemik Covid-19 telah memaksa universiti berkenaan untuk bergerak ke arah pendigitalan dalam semua aspek selaras dengan tugas dan tanggungjawab teras masing-masing.

Wabak ini juga telah memaksa kita berfikir secara luar dari kebiasaan baharu, memungkinkan sesuatu yang tidak pernah pun tercuit dek akal fikiran kita sebelum ini, memberi definisi baharu kepada sesetengah konsep, dan memperkenalkan kita kepada cara bekerja yang baharu yang menuntut tahap integriti serta kesiapsiagaan yang amat tinggi.

Sementara itu, Mohd Rizal memaklumkan bahawa pihak Universiti sejak permulaan pandemik lagi telah mengambil kira implikasi kewangan terhadap pelajarnya. Antara langkah-langkah yang diambil ialah dengan memulangkan semula sebahagian yuran yang telah dibayar oleh pelajar yang tidak menginap di kampus. Kekangan utama universiti adalah peratusan sewaan bangunan penginapan yang tinggi untuk para pelajar kita. Walaupun pelajar tiada, namun jumlah sewaan yang sudah ditetapkan adalah kekal sama. Langkah-langkah mitigasi sedang dan akan terus dilaksanakan.

 

Sumber: Suara Merdeka

Please publish modules in offcanvas position.