Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - MAIPs Sumbang Zakat Kepada 35 Keluarga Asnaf

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD

MAIPs Sumbang Zakat Kepada 35 Keluarga Asnaf

/ Archive MAIPs / Friday, 17 July 2015 21:28

PADANG BESAR, 7 Julai 2015 (SELASA) - Sebanyak 35 keluarga asnaf penghuni Taman Desa Asnaf Batu Bertangkup menerima zakat wang tunai sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersempena Hari Raya Aidilfitri, malam tadi.  

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berkenan menyampaikan zakat berkenaan pada program Ihya Ramadan di perkarangan desa itu selepas solat sunat Terawih. Keberangkatan baginda berdua sebelum itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Abdul Malik Hussin dan Pengurus Baitulmal MAIPs Mohd Nazim Noor.  

Pada majlis itu Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang diwakili Yusmizan Yusof menyumbangkan barang fidyah berupa makanan untuk keperluan Hari Raya kepada 35 asnaf terlibat bernilai RM200 setiap satu keluarga. 

Sumber daripada BERNAMA

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE