Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - ‘Mari berdoa semoga Covid-19 diatasi segera’ – Raja Perlis

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

login MAIPs Pop ENg

Log in

A- A A+
MAIPs Staff

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

Public
SERVICES
DOWNLOAD
‘Mari berdoa semoga Covid-19 diatasi segera’ – Raja Perlis

‘Mari berdoa semoga Covid-19 diatasi segera’ – Raja Perlis

/ Berita Terkini MAIPs / Tuesday, 20 July 2021 20:14

ARAU: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Muda Perlis, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 300 jemaah di Dataran Istiadat, Istana Arau di sini.

Solat Aidiladha di kawasan tanah lapang tersebut bermula pukul 8 pagi dan berakhir sekitar pukul 8.30 pagi dengan jemaah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka sebelum terus bersurai selepas solat berkenaan.

Solat tersebut dipimpin Imam Besar Negeri, Ahmad Sirajuddin Abdul Satar manakala khutbah disampaikan Mufti negeri, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Setiausaha Kerajaan negeri, Azman Mohd. Yusof dan barisan Exco kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid menitahkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh rakyat negeri ini yang dikasihi, semua kerabat diraja serta rakan taulan di mana sahaja mereka berada.

Baginda berdua juga mengajak agar semua terus mendoakan semoga pandemik Covid-19 dapat diatasi segera dan semoga seluruh rakyat sentiasa dikurniakan kesejahteraan serta perlindungan keselamatan oleh Allah SWT. 

“Pada masa yang sama, rakyat perlu memastikan SOP yang ditetapkan dipatuhi dengan sebaik mungkin,” titah baginda.

Sementara itu, sambutan Hari Raya Aidiladha di negeri ini diraikan dalam suasana penuh keceriaan meskipun dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, ibadah korban juga dilaksanakan dalam suasana serba sederhana di masjid-masjid dengan pematuhan SOP yang ditetapkan.

Sumber: Utusan Online

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE