Pejabat SUK perlis

Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis - 3,500 asnaf baharu dikenal pasti ekoran pandemik Covid-19 n

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS

Log Masuk

A- A A+
WARGA MAIPs

MAIPs STAFF MENU

Please click Log in button above to enter MAIPs staff menu section.

ORANG AWAM
PERKHIDMATAN
MUAT TURUN
3,500 asnaf baharu dikenal pasti ekoran pandemik Covid-19

3,500 asnaf baharu dikenal pasti ekoran pandemik Covid-19

/ Berita Terkini MAIPs / Jumaat, 23 Julai 2021 08:21

PADANG BESAR: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengenal pasti sebanyak 3,500 penerima bantuan asnaf baharu tahun ini berikutan pandemik Covid-19.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, golongan tersebut akan menerima bantuan sara hidup secara berkala dan bantuan sara hidup bulanan MAIPs.

Titah baginda merangkap Yang Dipertua MAIPs, penambahan tersebut menyaksikan sebanyak 18,179 asnaf di bawah pemantauan MAIPs ketika ini berbanding 14,679 asnaf penerima bantuan yang direkodkan melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bersepadu MAIPs (SPMB) pada tahun sebelumnya.

“Dari 1 Jun 2021 sehingga 18 Julai 2021, sebanyak 368 penerima bantuan baharu di bawah skim bantuan sara hidup berkala telah direkodkan oleh MAIPs,” titah baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat MAIPs di Masjid Mahmudiah Bukit Keteri hari ini.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada amil kariah Masjid Mahmudiah Bukit Keteri, Zainon Omar yang mewakili 30 asnaf terpilih iaitu masing-masing menerima RM700 setiap seorang membabitkan jumlah keseluruhan bernilai RM21,000.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor berkata, sebagai agensi tunggal yang diamanahkan untuk melaksanakan pengurusan zakat di negeri ini, pengurusan MAIPs sedaya upaya berusaha untuk melaksanakan program turun padang bagi menjejaki dan menyantuni golongan asnaf.  

Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah program MAIPs Peduli yang diterajui sendiri oleh Raja Muda Perlis.

“MAIPs turut mengamanahkan kepada 103 amil kariah dan 99 guru Muraqib amil di semua sekolah rendah dan menengah negeri Perlis untuk membantu MAIPs menyalurkan maklumat dan sumbangan.

“Bagi meneruskan amanah, pengurusan MAIPs sentiasa bertekad untuk menyantuni warga asnaf yang berkeperluan, dan penyertaan semua pihak dalam memberikan saranan konstruktif dan membina amatlah dialu-alukan,” katanya. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

Please publish modules in offcanvas position.

splwpk-procurement splwpk-online-e-participation Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi

Penafian

MYHRMIS MOBILE